Penyanyi Aufahanie, memuat naik beberapa keping foto dan video bersama arwah abangnya, Nidza Afham di Instagram.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Habis Air Mata, Allahuakhbar’ – Aufahanie Hilang Kata-Kata
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Kasih sayang adik beradik
Menerusi salah satu hantaran tersebut, Aufahanie atau nama sebenarnya Nur Aufahanie Mokhtar mengimbas kembali dua keping foto bersama Nidza semasa mereka masih kecil.
Penyanyi berusia 21 tahun itu juga meluahkan rasa kasih dan sayangnya terhadap Nidza serta mendoakan arwah di tempatkan dalam kalangan orang beriman.
I love you Am.
Berbahagialah di syurga Firdausi.
Aufahanie turut menggunakan audio nyanyian Nidza yang berjudul Rindu Setengah Mati sebagai lagu latar hantaran berkenaan.
Terdahulu, Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Sumber: IG Aufahanie