Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa syukur kerana kes tuntutan saman ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan dapat diselesaikan dengan cara baik.
Artikel Berkaitan: ‘Saman Tetap Diteruskan, Kalau Tidak Anjing Tak Akan Berhenti Menyalak’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tunjuk Surat Saman Kepada Bekas Menantu Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena
Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Tak Halang Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar – ‘Saya Dah Penat’
Selesai cara baik
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia berasa lega memandangkan masih mempunyai satu lagi kes tuntutan saman melibatkan dirinya di mahkamah.
Alhamdulillah, dah selesai satu beban dan seperti yang kalian sedia maklum, saya ada satu lagi kes di mahkamah.
Yang penting adalah kita nak selesaikan kes ini sama ada dengan cara baik ke atau nak teruskan.
Tapi yang penting kes ini dah selesai.
Puteri Sarah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas kes prosiding tuntutan saman itu selesai di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat.
@ohbulanofficial Puteri Sarah Hadir Bagi Tuntutan Saman Terhadap Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pukul 9:40 pagi ini#ohbulan #fyp #news #puterisarah #saman #kakakipar #irakazar ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditanya adakah Wiwi ada berhubung dengannya secara peribadi, pelakon yang terkenal menerusi filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie memaklumkan segala komunikasi melibatkan isu mahkamah hanya dilakukan melalui peguam masing-masing.
Dia tak ada pun berhubung dengan saya secara peribadi untuk menyatakan permohonan maaf sebab kami berhubung hanya melalui peguam sahaja.
Terdahulu, tuntutan saman Puteri Sarah ke atas Wiwi berakhir apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu secara baik.
Ketika prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak, Wiwi mengakui kekesalannya yang memuat naik hantaran berbaur tohmahan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah.
Selain itu, Wiwi juga perlu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini serta membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 yang merangkumi keseluruhan kos guaman.
Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.
Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama.
@ohbulanofficial Replying to @idah? Alhamdulillah semuanya selesai ?#ohbulan #fyp #puterisarah #saman #kakakipar #irakazar ? original sound – OHBULAN!