Pelakon dan personaliti media sosial, Aya Amiruddin memberi ‘hint’ bahawa dia sedang mengenali dan berkawan dengan seorang jejaka daripada luar negara.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Akan Sesekali Putihkan Kulit’ – Aya Amiruddin
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki ‘Tulang Belakang’ Aya Amiruddin – ‘Dia Kata Saya Ada Barang & Kelakar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aya Amiruddin Kembali ‘Single’ Selepas Dua Tahun Bertunang – ‘Cadangnya Kahwin Hujung Tahun, Anggap Tiada Jodoh’
Kawan lama
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Aya berkata, lelaki yang hadir bersamanya ketika Malam Gala Filem Pontianak 200KG semalam, merupakan kawan lamanya.
Ujar Aya, dia berkenalan dengan lelaki itu sebelum bertapak dalam industri hiburan lagi.
Sebenarnya dia adalah kawan lama, kawan yang sebelum Aya masuk industri lagi Aya dah kenal dengan dia. Jadi bila baru-baru ni jumpa balik, dia kata nak datang tonton filem pertama yang Aya berlakon, Aya pun okay sahaja.
Tambah Aya, buat masa ini dia mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap karier seni terlebih dahulu berbanding soal cinta.
Kami hanya berkawan, tak lebih dari itu. Buat masa ni Aya hanya follow the flow sahaja.
Aya sebenarnya perlukan masa untuk healing lepas empat tahun Aya dengan orang tu (bekas tunang), takkanlah lepas beberapa bulan dah bersama dengan orang lain kan?
Jadi buat masa sekarang Aya hanya nak fokus dekat karier Aya berbanding hubungan cinta.
Terdahulu, Aya pernah bertunang dengan seorang lelaki bernama Eronmose Sleem. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak berkekalan berikutan tiada persefahaman.