Pelakon Aqasha dan isterinya Baizura Sabri menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 pada Khamis.
Artikel Berkaitan: Mahu Jaga Kredibiliti Dalam Karier & Banggakan Anak, Aqasha Mengaku Pilih ‘Job’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menyanyi Di Lokasi Penggambaran, Wajah Tampan Aqasha Jadi Bualan Netizen – ‘Pelakon Hero Pujaan Ramai Satu Ketika Dulu’
Ucapan buat isteri
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akassya Rosli menulis coretan istimewa buat isterinya.
Aktor berusia 42 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan menyifatkan Baizura sebagai seorang isteri yang baik.
Awak telah menjadi teman yang luar biasa. Yang sempurna untuk saya. Saya percaya kita telah belajar banyak antara satu sama lain.
Terima kasih kerana menerima dan bertahan dengan seorang lelaki yang memilih kesederhanaan sebagai jalan hidupnya.
Terima kasih kerana telah menjadi isteri yang patuh, setia dan bersedia bersama suaminya dalam apa pun cabaran yang hidup berikan.
Dalam masa yang sama, aktor filem Embun itu berharap perhubungan mereka akan utuh meskipun ada ujian yang perlu ditempuh.
Sepertimana Palestin terus bertahan dengan kecelakaan sikap dunia dan sekelilingnya..kita juga harus terus bertahan.
Seperti akar pohon, walau tak kelihatan…tapi tetap terus kuat memasak ke bumi bersedia untuk segala macam setan, badai, taufan dan pembalak haram jadah yang menyebabkan keruntuhan tanah.
Semoga Tuhan meredai kita.
Sekadar info, Aqasha dan isteri mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan mereka dikurniakan dua orang zuriat.
Sumber: IG Aqasha