Pempengaruh Islamik, Ustaz Adnin tampil memberi teguran terhadap orang Islam yang terjebak dengan lagu APT nyanyian Rose Blackpink bersama Bruno Mars.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Adnin Selar Individu Canang Soal ‘Childfree’ Di Media Sosial – ‘Sampai Ada Yang Merendah-Rendahkan Orang Ada Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Lumba Siput Sedut? Ini Penjelasan Ustaz Adnin
Lirik lagu teruk
Menerusi video di TikTok, Adnin menerima permintaan daripada seorang warganet meminta dirinya untuk menasihati khususnya orang Melayu yang ‘melayan’ lagu APT.
Ustaz, tolong tegur sikit orang melayu Islam yang guna sound lagu APT dalam video content.
Tegas Adnin, lirik lagu tersebut mempunyai unsur negatif dan lucah sekaligus menimbulkan zina telinga. Dakwa Adnin, lagu nyanyian duet penyanyi popular itu boleh merosakkan iman dan hati.
Pertama sekali bila saya google lagu APT, lirik dia teruk. Lirik dia ajak pergaulan bebas, zina, arak. Kalau korang dengar lagu macam itu, namanya zina telinga.
Kau ingat apa? Zina kemaluan saja ka? Zina ada zina mata iaitu lihat benda haram. Zina hati pula membayangkan benda haram. Zina telinga adalah mendengar perkara yang haram. Zina kemaluan itu berzina la.
Kalau korang dengar lirik lagu macam itu, boleh merosakkan iman dan hati.
Penyokong Israel
Dalam pada itu, Adnin turut menekankan yang Bruno Mars merupakan pro-Zionis Israel. Justeru, orang Islam tidak boleh lalai dengan godaan hiburan tersebut.
Yang kedua, komposer lagu itu terang-terang sokong Zionis. Korang semangat benci Israel tetapi apabila dihidang dengan hiburan.. korang dah lalai terus hilang prinsip semata-mata nak viral.
Jangan macam itu sahabat sekalian. Sebab itu antara perjuangan saya selain daripada bagi ceramah, tulis buku, antara cara nak bantu anak muda berubah adalah dengan hasilkan lagu-lagu dakwah yang berkualiti.
@adninroslan Sebarkan video ni supaya ramai tahu? #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru #tuhanakuinginhijrah ? Tuhan Aku Ingin Hijrah (Chorus) – Tiktok – Adnin Roslan & Ruomei & Albert D