Pelakon Diana Danielle menegaskan dia masih tekad dengan keputusannya untuk memfailkan perceraian suami, Farid Kamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Titip Nasihat Untuk Anak-Anak – ‘Jalani Kehidupan Kalian Dengan Ilmu Agama Di Dada’
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tepis Kenyataan Masih ‘Contact’, Gesa Farid Kamil Segera Pindah Rumah – ‘Saya Sudah Beri Notis’
Diana dakwa dah bagi peluang dekat Farid
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson menyifatkan Farid seorang lelaki kejam sekiranya suaminya itu berniat mahu memanjangkan isu rumah tangga mereka di mahkamah.
Jika dia mahu panjangkan proses penceraian ini, maka dia seorang yang zalim.
Pelakon berusia 33 tahun in juga mengakui bahawa sebelum ini, dia sudah pun memberi peluang kepada suaminya itu namun gagal.
Saya sudah menghabiskan masa selama setahun cuba memperbaiki dan pulihkan keadaan. Sudah banyak kali kami berdepan dengan ambang keretakan.
Jika mahu ikat sehingga saya terseksa sampai ke proses hakam, dia adalah kejam. Saya tidak mahu dipujuk dan tidak mahu teruskan perkahwinan ini.
Niat saya cukup jelas. Tiada lagi yang saya mahukan selain tidak berada di bawah tanggungjawab dia.
Diana Danielle bakar surat pemberian Farid?
Tidak terhenti di situ, pelakon filem Imaginur itu turut berkongsi video memaparkan dia sedang membakar sehelai kertas yang dipercayai merupakan surat pemberian Farid kepadanya.
Surat ‘penipuan’ tiada tempat dalam hati saya.
Sebelum ini, Diana membuat pendedahan mengejutkan apabila mengumumkan akan bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Farid Kamil.
Untuk rekod, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara dalam talian sebelum rujuk semula selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
Sumber: Instagram Diana Danielle