berita

[VIDEO] Farid Kamil, Diana Danielle Cerai Talak Satu Melalui Google Meet

August 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pasangan selebriti Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle, 32, akhirnya bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Pengakhiran Yang Aman & Baik’ – Diana Danielle

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Kes Cerai Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Diketahui Khamis Ini

Lafaz cerai

Diana Danielle

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Video

@ohbulanofficial

Kalau dah tiada jodoh, sebaiknya lepaskan. Kita doakan yang baik-baik buat mereka ?? #ohbulan #sembangentertainment #faridkamil #dianadanielle #cerai

? Hati-Hati di Jalan – Tulus

SKIP THIS AD ×