Kehadiran orang ketiga di dalam rumah tangga merupakan antara isu hangat yang menjadi perhatian ramai pihak sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Cantik, Penyondol Cuma Perlu Lelaki Tak Reti Bersyukur’ – Mimi Lana
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bolehkah ‘Penyondol’ Disaman? Ini Penjelasan Peguam
Pandangan Elvina
@nona.my Sudah masuk tujuh tahun usia perkahwinan pelakon jelita Datin Elvina Mohamad. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga dilihat sangat menjaga privasi keluarga serta lebih berhati² untuk berkongsi hal peribadi. Malah Datin Elvina juga dilihat masih aktif bekerja dan gigih membina karier sendiri. Namun apa pandangan Datin Elvina berhubung wanita zaman sekarang yang dilihat sanggup mengadai maruah dan pendirian diri demi kemewahan? #majalahnona
Menerusi temu bual bersama Nona, Datin Elvina Mohamad atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad memberikan pendapat tentang wanita yang memiliki keinginan untuk mengganggu rumah tangga orang lain demi kepentingan sendiri.
Sebenarnya ada wanita yang fikir singkat, nak hidup mewah hanya sondol sahaja suami orang.
Tapi bila masuk perkahwinan ianya tak seindah seperti yang mereka sangkakan.
Sampai sekarang usia perkahwinan saya sudah tujuh tahun dan macam-macam yang kami sudah lalui.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 29 tahun tersebut menasihati kaum Hawa supaya memiliki kerjaya sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pendapatan suami.
Saya rasa kalau nak duit, bekerja dan usaha sendiri. Kalau kita nak bergantung pada pasangan kita walaupun dia sangat kaya raya pun tak boleh juga.
Sebab pada akhirnya kita sendiri yang kena tanggung, jadi sediakan payung sebelum hujan.
Saya nasihatkan pada perempuan di luar sana, mereka perlu ada karier sendiri.
Terima DM pelik
Bercerita lanjut, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu mendedahkan dia ada menerima mesej-mesej aneh daripada warganet di media sosialnya.
Masa kami kerap kongsikan pun (di media sosial), orang masih DM (direct message). Mereka bukan tak tahu, mereka hanya buat-buat tak tahu dan sengaja nak mengacau.
Ada segelintir daripada mereka yang tak faham bahasa sehingga saya dapat DM yang pelik-pelik tetapi saya memilih untuk elakkan dan sekat mereka. Tak nak layan.
DM pelik tu saya terima dari zaman sebelum kahwin sehinggalah sudah berkahwin dan ada anak.
Sekadar info, Elvina Mohamad telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan pada Mac 2018 lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.
Sumber: TikTok Nona