berita

[VIDEO] Bolehkah ‘Penyondol’ Disaman? Ini Penjelasan Peguam

April 5th, 2024 | by Alia
Kini Trending

curang 97

Gambar sekadar hiasan

Sejak kebelakangan ini isu curang dan wujudnya orang ketiga menjadi antara topik hangat terutama jika ia melibatkan selebriti atau personaliti media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Tergamam Bila Perbuatan Curang Yang Terang-Terang Berdosa Ini Diakui Begitu Saja’ – Izwan Azir

Artikel Berkaitan: ‘Orang Macam Tu Takkan Mengaku Salah, Nak Cari Jalan Untuk Twist Supaya Orang Lupa Kisah Mereka’ – Rita Rudaini

Penerangan daripada peguam

curang

Seorang peguam, Hafidzah Hassan tampil menjelaskan tentang saman jika berlaku curang dalam perkahwinan.

Menurut Hafidzah, bagi pasangan yang bukan beragama Islam, pihak ketiga boleh dikenakan saman iaitu perlu membayar ganti rugi.

Untuk pasangan bukan beragama Islam, mereka berkahwin secara sivil dibawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian).

Dalam akta ini ada peruntukan untuk pihak ketiga dibawa ke dalam saman itu untuk diarahkan membayar ganti rugi kepada pasangan yang terkesan.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan pasangan beragama Islam di mana ianya adalah dibawah peruntukan jenayah syariah.

Tapi dalam undang-undang syariah, peruntukan serupa ini tak ada.

Jadi, pasangan yang beragama Islam ada satu peruntukan jenayah syariah di mana ia memperuntukkan bahawa pihak ketiga yang mengganggu, memaksa, merayu, memujuk pasangan kita untuk tidak menunaikan tanggungjawab dia.

Maka kita boleh laporkan dia kepada pendakwaan syarie untuk didakwa kerana melakukan kesalahan jenayah syariah.

Dia akan didenda atau dipenjarakan ikut keputusan mahkamah tapi kita tak dapatlah apa-apa ganti rugi itu.

@hafidzahhassan

? original sound – hafidzahhassan – hafidzahhassan

Sumber: TikTok Hafidzah Hassan

SKIP THIS AD ×