Bekas isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar memberitahu dia belum terfikir mengenai soal pengganti selepas berpisah dengan pengarah sensasi itu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kisah, Lantaklah Apa Orang Nak Cakap’ – Ira Kazar
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Bakal ‘Release’ Lagu Dengan Alan D, Suruh Netizen Teka Tajuk ‘Tak Heran, Tak Kisah Atau Tak Perlu?’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Masih Berhubung & Kongsi Pandangan Mengenai Perkara Tertentu, Lebih Kepada Rakan’ – Ira Kazar
Tak fikir soal jodoh
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, berkata, keutamaannya kini adalah untuk memberikan fokus terhadap bidang nyanyian menerusi single sulung berjudul ‘Tak Kisah’ bersama Alan D.
Saya belum terfikir lagi mengenai soal jodoh. Jadual kerja saya tengah padat sekarang, jadi belum terfikir ke arah itu. Tapi Insya-Allah. Manalah tahu suatu hari nanti jodoh akan ada lagi.
Ira yang ditemui pada Majlis Hi-Tea Anthon’s Leather, di One World Hotel, Petaling Jaya, baru-baru ini, turut mengakui bahawa hubungannya dengan bekas suami masih dalam keadaan baik. Namun, mereka hanya berhubung atas urusan tertentu sahaja.
Tambah anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi ini lagi, mereka hanya berhubung mengenai kes yang perlu dibincangkan di luar mahkamah.
Bukannnya berhubung untuk saja-saja, tetapi bersebab. Misalnya mengenai kes di antara kami, apa yang perlu dibincangkan di luar mahkamah. Benda-benda yang seperti itu. Bukannya macam borak-borak kosong ke, tiada. Itu sahajalah. Macam itu sajalah, Alhamdulillah. Kita tak nak gaduh-gaduh, tak suka. Penat.
Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.
Bagaimanapun hubungan mereka tidak kekal lama selepas sah bercerai pada 5 September lalu.
Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.