Pendakwah selebriti PU Riz memberi nasihat supaya setiap individu tidak mudah melemparkan kata-kata negatif terhadap satu sama lain.
Artikel Berkaitan: PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’
Artikel Berkaitan: PU Riz Terkilan Dijerkah Pak Cik Gara-Gara Baring Dalam Masjid – ‘Bukan Tidur Semalaman Pun, Hanya Tunggu Waktu Solat’
Perkongsian PU Riz
@hrisbismail Handsome ke cantik ke Semuanya bergantunng akhlak bukan lagi pd rupa semata mata Choose your word wisely ?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berpendapat, sebelum bersuara akan sesuatu hal, seseorang individu itu perlulah berfikir terlebih dahulu.
Dalam kehidupan kita ini bukan semua benda kita boleh suarakan, bukan semua lintasan perasaan itu kita luahkan. Ada kala kita diam dan ada kalanya kita bercakap apabila sesuai.
Mungkin hari ini kita ada perasaan marah, tidak faham akan sesuatu perkara namun bukanlah dengan kita bercakap dan meluahkan dahulu kemudian baru berfikir. Bukan begitu.
Pendakwah berusia 29 tahun itu juga mengingatkan setiap orang agar tidak menggunakan perkataan-perkataan kesat semasa berbicara.
Cakaplah dengan perkataan-perkataan yang berhemah kerana ingatlah, ada orang mati masuk neraka hanya sebab satu perkataan dan ada orang mati masuk syurga juga hanya dengan satu perkataan.
‘Diangkat darjat satu orang yang bercakap satu perkataan, hanya niat kerana Allah SWT.’
Pesanan kepada semua
Suami kepada aktres dan usahawan terkenal Neelofa itu juga menyeru setiap individu supaya berubah menjadi insan yang mempunyai keperibadian baik demi menjaga keharmonian dalam masyarakat.
Hati-hati dengan perkataan kita, terutamanya apabila melibatkan orang-orang Islam dan agama. Tidak sewenang-wenangnya bercakap atas kehendak dan keinginan kita.
Perhatikan sekeliling, hargai peluang dan ruang yang diberi, terutamanya dalam kita menjalani kehidupan kita di dunia ini.
Kita teruskan dan kekalkan akhlak yang baik kerana di akhir nanti akhlak yang baik dan orang yang takut kepada Allah, menyebabkan dia ke syurga.
Sumber: TikTok PU Riz