Nyanyian Nur Fazura baru-baru ini meraih perhatian warganet serta rakan-rakan selebriti antaranya, pelakon Rashidi Ishak yang dilihat turut memberikan pandangan pada nyanyian pelakon tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Kau Nyanyi Fattah, Jangan Pakai Mikrofon..Kalau Suara Tak Sedap Orang Tak Marah’ – Bell Ngasri
Artikel Berkaitan: ‘Ramainya Yang Memaki & Mencaci, Lagu Duet Bukan Senang Dinyanyikan Seorang’ – Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura
Tone deaf
Menerusi klip-klip yang tular mengenai nyanyian bekas isteri Fattah Amin itu telah menimbulkan kepelbagaian pendapat.
Tidak terkecuali, Rashidi, 51, yang mencadangkan pengurus Fazura untuk mencarikan guru vokal buatnya.
Saya telah melihat nyanyian Fazura baru-baru ini di rancangan Jakarta. Pengurusnya perlu memberitahu Fazura untuk mendapatkan guru vokal.
Fazura tone deaf. Bukan mudah untuk membawakan genre balada. Apatah lagi lenggok Melayu.
“Saya yakin Fazura boleh”
Rashidi turut menyuarakan pendapat bahawa nyanyian boleh dipelajari dan memerlukan masa untuk bernyanyi dengan baik.
Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berlatih menyanyi lapan jam sehari.
Saya yakin Fazura boleh. Dia mahu atau tidak sahaja, terpulang kepadanya.
Sekadar info, Fazura membuat kemunculan pertamanya di Jakarta bagi mempromosikan single yang berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.
Sumber: Threads Rashidi Ishak