Pelakon, Nadzmi Adhwa meraih perhatian warganet dengan hantarannya di TikTok sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Gelar Isteri Saya Minah Gigil’ – Video Kahwin Dikecam, Nadzmi Adhwa Buka Mulut
Artikel Berkaitan: [FOTO] Sekitar Majlis Berinai Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa, Macam Aladdin Versi Malaysia!
Hadiah paling berharga
Menerusi kapsyen hantaran di Tiktok, suami kepada Ardell Aryana itu dilihat menitipkan ucapan buat dirinya sendiri.
Di kapsyen itu, Nadzmi meluahkan rasa syukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.
Alhamdulillah 32 hari ini. Tak nak apa-apa hadiah sebab Allah dah hadiahkan mereka (isteri dan anak) pada saya.
Terima kasih Allah, hadiah paling berharga.
Dalam pada itu, Nadzmi turut berharap agar tuhan sentiasa redha dan menjaga keluarga kecilnya hingga ke syurga.
‘Teringat zaman kena friendzone’
Menjengah ke ruangan komen, selain daripada ucapan ulang tahun kelahiran buat Nadzmi, rata-rata netizen masih mengingati lagu pertama yang dinyanyikan pasangan ini sebelum bergelar suami dan isteri.
Sumber: TikTok nadzmiadhwa