Penyanyi Luqman Faiz meluahkan rasa berang terhadap sekelompok netizen yang menuduh dirinya lelaki songsang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz Terkejut Didatangi Individu Mahu Lakukan Hubungan Sejenis Di Tanah Suci – ‘Perangai Orang Begini Tetap Ada’
Artikel Berkaitan: ‘Dah Dua Tahun Kahwin, Saya Masih Dara..Suami Saya Bukan G*y’
‘Straight’
Luqman atau nama lengkap Luqman Abdul Halim Faiz, 24, menegaskan dia ‘lurus’ dan tidak menghalalkan gambar serta videonya dijadikan bahan tidak senonoh.
Korang, aku ‘straight’ (lurus) lah. Korang semua yang ada kongsi gambar atau video aku main gym, aku tak halalkan.
Korang boleh dengan komuniti korang (kumpulang songsang/gay), tetapi saya tidak akan menjadi sebahagian daripada kalian.
Luqman berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok.
Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Kepuraanmu itu meminta golongan lelaki yang menyukai kaum sejenis supaya berhenti menganggu dirinya.
Tolonglah berhenti kacau saya, ada yang DM hantar gambar yang tidak senonoh dan di platform X yang komen entah apa-apa. Mak aku lahirkan aku elok (normal). Okay!
Video
@luqmnnfaiz Tolong lah lalu kat setiap #fyp ? original sound – Luqman Faiz
Sumber: TikTok