Pelakon dan pengacara, Janna Nick percaya bahawa rezeki memiliki zuriat telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Nangis, Kecewa Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak – ‘Dah Setahun Kami Buat IVF, Tapi Gagal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Happy Birthday Dini! Masih Lagi Berdua Tahun Ni, Harap Tahun Depan Kita Bertiga’ – Janna Nick
Rezeki daripada Allah
@janna.nick.fans Doakan Janna Dan Dini?? #dinischatzmann #dinischatzmann #jannanick #jannanick95 #jannanick95 #fyp #ttc #ttcjourney #fypage #masukberandafyp #foryoupageofficiall #fyp? #foryou #foryoupageofficiall #masukfyp
? Safura dan Oney_Jangan menangis sayang – ? ?.???_???????? ?
Menerusi sesi siaran langsung, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner berkata, duit tidak menjanjikan seseorang itu boleh memiliki cahaya mata meskipun mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF).
Ia memang kerja tuhan. Kalau ada duit RM100,000 dan boleh buat IVF lima kali pun..kalau Allah kata tak jadi maka takkan jadi juga.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 29 tahun itu turut membaca komen-komen yang ditinggalkan warganet tentang tips mendapatkan zuriat selain memberikan kata-kata semangat untuknya.
Ada yang kata kalau bela kucing, kucing boleh tolong doakan.
Ada yang empat tahun TTC (Trying to Conceive) dan gugur lagi tapi selepas itu berderet anak.
Terdahulu, Janna meluahkan rasa terkilan dengan tuduhan negatif yang ditinggalkan seorang individu terhadap suaminya, Dini Schatzmann. Individu tersebut menuduh Dini mempunyai lebih hormon wanita yang menjadi punca mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Pengacara program realiti Famili Duo itu menjelaskan dia dan suami sudah mencuba pelbagai cara namun belum dikurniakan rezeki.
Sekadar info, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.
Sumber: TikTok