Berikutan tular video nyanyian pelakon Fazura baru-baru ini, seorang guru vokal yang dikenali sebagai Adzrin Adzhar tampil memberikan pendapat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pernah Pasang Impian Jadi Penyanyi Sejak Kecil – ‘Ketika Berusia 11 Tahun Saya Sudah Menulis Lirik Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Penuhi Jemputan Program Di Indonesia, Kongsi Tentang ‘Bertahan Demi Cinta’ & Perceraian – ‘No Regret..’
Pendapat guru vokal
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Adzrin berkata, hakikat yang perlu diterima adalah tidak semua orang boleh menyanyi.
Dalam masa yang sama, Adzrin juga menekankan tentang ilmu asas nyanyian yang perlu dikuasai sebelum bergelar penyanyi.
Semua orang boleh bernyanyi tetapi bukan semua orang boleh jadi penyanyi. Walaupun semua orang boleh menyanyi, tapi ada perkara asas yang perlu dikuasai dahulu.
Untuk menjadi penyanyi kita kena tahu ilmu-ilmu asas nyanyian. Walaupun saya selalu kata teknik pernafasan itu penting tetapi kita kena ada persediaan yang cukup..sekurang-kurangnya kena menyanyi di dalam ‘tune’.
Kalau pernafasan tidak menyokong nyanyian itu pun tak mengapa kerana ianya boleh belajar. Kalau pernafasan baik tetapi intonasi tidak betul bahaya juga.
Cadangan untuk team
Selain itu, guru vokal tersebut turut mencadangkan supaya pasukan Fazura terlebih dahulu perlu memastikannya sudah benar-benar bersedia sebelum membuat persembahan secara langsung.
Mungkin team perlu pastikan talent sudah bersedia menyanyi secara siaran langsung.
Persediaan paling asas ialah ‘pitch’, intonasi, dan ‘singing tune’.
Terdahulu, Fazura telah dijemput ke sebuah program wawancara di Indonesia selepas hampir sebulan bercerai dengan bekas suaminya Fattah Amin.
Fazura juga berkesempatan menyanyikan sebuah yang berjudul Bertahan Demi Cinta di program tersebut. Bagaimanapun, rata-rata warganet mengkritik nyanyian Fazura berikutan vokalnya didakwa kurang baik.
Sumber: IG Adzrin Adzhar