Di Instagram, pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cermas apabila tudungnya ditarik ketika sedang berdoa di Multazam. Lebih teruk, dia turut mengalami sesak nafas pada waktu itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hadiah Istimewa Di Masjid Nabawi, Adik Comel Ni Datang Habis Solat Nak Peluk’
Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Hadir Majlis Ilmu, Penampilan Wan Sharmila Dipuji Netizen
Artikel Berkaitan: Wan Sharmila Disebut Bakal Jadi Menantu? Ibu Shuib Tampil Beri Respon
Allah sahaja yang tahu
Menurut Wan Sharmila, ini merupakan pengalaman pertama dia menunaikan umrah secara bersendirian dan berdepan detik seperti itu. Tambah Wan Sharmila, selain dihimpit, tudung yang dipakainya juga ditarik ketika berjaya sampai di hadapan Multazam.
Pertama kali saya berseorangan nak pergi juga berdoa di Multazam. Dalam hati Allah sahaja yang tahu. Saya keep saying dalam hati Allah akan tolong aku, Allah akan tolong aku. Alhamdulillah, Allah izinkan walaupun masa dah sampai depan Multazam pun kena himpit macam apa.
Ada orang belakang siap tarik tudung saya. Memang cemas sebab berseorangan.
Ujar Wan Sharmila lagi, di berasa sukar untuk bernafas akibat dibelit dengan selendang jemaah dari India.
Bila dah selesai berdoa di Multazam lagi cemas sebab Lala kena belit dengan selendang perempuan India. Selendang dia ikat perut Lala dan bersimpul pula dengan tali beg. Masa tu sesak nafas! Akhirnya ada beberapa orang tolong dan berjaya melepaskan jerutan selendang tu.
Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini menganggap dugaan yang dialaminya ketika berada di Tanah Suci itu sebagai cerita yang indah buat dirinya.
Banyak sangat cerita indah di hadapan Kaabah ni. Tak muat nak kongsi semua. Cuma kadang terfikir dekat sini pun Allah SWT takdirkan aku cipta kenangan hanya bersendirian. Only aku dan Allah. Semoga menjadi semangat untuk semua pasang niat dan berdoa untuk ke sini.
Sumber: Wan Sharmila