Hubungan rapat antara pelakon, pengarah dan produser, Sheila Rusly bersama menantunya sering menjadi contoh kepada ibu mentua di luar sana.
Baru-baru ini, bakal menantu Sheila pula meraih perhatian warganet dengan bakat memasaknya.
Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Kongsi Momen Bakal Menantu Peluk Agama Islam – ‘Sebak, Mengalir Air Mata Tengok Video Ni’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kurang Senang Tengok Anak Sheila Rusly Selamba Peluk Wanita – ‘Sporting Betul Maknya’
Kurang sakit pinggang
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sheila, 53, menuju ke dapur untuk persiapan berbuka. Namun, dilihat bakal menantu, Beatrice Chitra sedang masak di dapur bersama pembantu rumah.
Di kapsyen, isteri kepada pengarah, Jinggo sempat berseloroh mengatakan bahawa pinggangnya kurang sakit kerana ada yang menyediakan juadah berbuka.
Kita turun nak masak, tapi ada yang rajin hari ini.
Meriah lauk berbuka mak mentua.
Kurang sakit pinggang hari ini. Buka puasa air tangan Beatrice Chitra.
Untung mak mentua
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui Sheila sebagai ibu mentua. Selain itu, warganet turut memuji kedua-dua menantunya yang pandai menguruskan hal di dapur.
Sekadar info, Beatrice telah sah memeluk agama Islam pada 12 Ogos 2024 dengan bimbingan seorang ustaz.
Sumber: IG sheilarusly_jspictures