Yayasan Nurjiwa milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Jiwa menghulurkan sumbangan kepada pelawak dan aktor, Ebby Yus yang kini sedang berehat di rumah akibat masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: ‘Reputasi Siti Yang Telus Memudahkan Untuk Sumbangan’ – Inayah Beauty Salur RM500,000 Kepada Yayasan Nurjiwa
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia Untuk 10 Tahun Berturut – ‘Satu Penghargaan Atas Usaha Untuk Agama’
Hulur sumbangan
Menerusi perkongsian di Instagram, wakil Yayasan Nurjiwa telah menziarahi Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, di kediamannya baru-baru ini.
Wakil Yayasan Nurjiwa berkesempatan menziarahi pelakon dan pelawak tersohor, Ebby Yus di kediamannya setelah mendengar khabar tentang keadaan kesihatannya yang kian mencabar.
Hati kami tersentuh melihat ketabahan Ebby yang tetap tersenyum walau diuji hebat.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan, sumbangan ikhlas disampaikan bagi pihak Yayasan Nurjiwa serta Datuk Seri Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dalam pada itu, Yayasan Nurjiwa meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan Ebby agar kembali sihat seperti sedia kala.
Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut mendoakan agar Ebby diberi kesembuhan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi dugaan ini.
Semoga Ebby kembali sihat dan ceria, terus menghiburkan kita semua dengan senyum dan jenakanya yang dirindui.
Tahun lalu, Ebby dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), HKL akibat masalah kesihatan dan doktor juga memberitahu tahap kekuatan jantungnya sudah tinggal kira-kira 27 peratus.
Terdahulu, media melaporkan keadaan kesihatan jantung dan masalah buah pinggang dihidapi Ebby berada dalam keadaan stabil kerana dia tidak bekerja dan hanya duduk berehat di rumah.
Ebby juga sebelum ini telah menjalani pembedahan kecil pada bahagian perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah.
Sumber: Instagram