Kakak kepada usahawan dan pempengaruh sensasi, Kak KM iaitu Kak Nona menyatakan dia selesa bekerja dan berkongsi rezeki bersama ahli keluarga sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak Nona Kongsi Kisah Penghijrahan, Nekad Buang Pakaian Lama – ‘Saya Rasa Sampai Bila Nak Pakai Sebegitu’
Artikel Berkaitan: Anak Saudara Kak KM Mahu Sambung Legasi, Ikut Jejak Normah Damanhuri Dalam Lakonan
Suka kongsi rezeki dengan keluarga
Menurut Kak Nona, dia sentiasa mengutamakan penglibatan ahli keluarga dalam setiap aktiviti yang dilakukan termasuk pengurusan acara. Kata Kak Nona, dia sudah memahami kelebihan adik beradik serta anak-anak saudara sekaligus akan memudahkan lagi tuntutan kerja.
Saya dan suami sentiasa utamakan keluarga. Mereka adalah nombor satu dalam hidup kami. Kami berkongsi rezeki dengan mereka.
Sebagai contoh, walaupun jadual Kak KM padat, setiap acara yang kami anjurkan terasa kurang lengkap dengan kehadiran Kak KM. Jadi kami akan cari masa sesuai ketika Kak KM sedang tidak sibuk.
Kami juga lebih selesa bekerjasama dengan keluarga kerana sudah memahami kelebihan masing-masing.
Jika anak buah ada bakat dalam fotografi, kami akan tawarkan kerja kepadanya dahulu. Begitu juga untuk menjaga booth kedai, kami libatkan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum menawarkan peluang itu kepada orang luar.
Meskipun berkemampuan dan hidup serba mewah, Kak Nona atau nama sebenarnya, Rose Azlin Rosli, berkata, dia memilih untuk mengajar anak-anak yang masih mentah ini untuk bersusah payah mencari wang.
Anak-anak yang membesar dalam kesenangan tidak sedar susah payah yang dilalui untuk mendapatkan duit. Jadi, mereka perlu belajar dari bawah untuk menghargai usaha itu.
Kak Nona berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Festival Kampung Tradisi di SUK Selangor, Shah Alam, pada Isnin.
Empat hari berkampung
Bercerita mengenai karnival selama empat hari, Kak Nona berharap agar dapat menjadi platform untuk masyarakat menghargai warisan yang kaya dengan pelbagai budaya.
Dengan semangat kekeluargaan yang kukuh dan keinginan untuk memartabatkan budaya, saya berharap festival ini dapat menjadi platform untuk masyarakat menghargai warisan yang kaya ini.
Ini bukan sekadar festival tetapi satu usaha untuk menghidupkan kembali identiti budaya yang mungkin semakin dilupakan.
Festival Kampung Tradisi yang bakal bermula 12 sehingga 15 Disember di Dataran Pantai Morib, Selangor itu dianjurkan oleh Andikara dan RAR Sky Sdn Bhd.
Festival ini bertujuan untuk meraikan warisan budaya Melayu dan memperkenalkan tradisi unik kepada generasi baharu.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk permainan rakyat, persembahan seni tradisional dan sajian makanan kampung yang istimewa seperti dari perkampungan Mat Kilau.
Acara tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada barisan penyanyi terkenal seperti Aan Ways, Azan Scan, Keena Mentor dan kumpulan Kristal.
Kak KM bersama ibunya, pelakon Normah Damanhuri akan turun padang meniaga Nasi Lemak Mantan dan juadah bubur manis.