Gelagat pasangan selebriti serta usahawan, Neelofa dan PU Riz di media sosial sering menarik perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Neelofa & PU Riz Bakal Timang Anak Ketiga? – ‘Abbas Akan Jadi Abang’
Artikel Berkaitan: PU Riz & Neelofa Selesa ‘Blur’ Wajah Bilal & Abbas Di Media Sosial – ‘Nanti Macam Mana Pun, Kita Akan Hantar Dekat Sekolah’
PU Riz bergurau
@naqiazizan Adoii la Ustaz Haris ni pun?? #neelofa #ustazharis #innainunha
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Neelofa dan PU Riz dilihat sedang mempromosikan produk mereka iaitu inai.
Dalam masa yang sama, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor membaca komen warganet yang bertanya tentang parut di dahinya.
Parut ini sebab terjatuh ketika kecil dulu.
Mereka tanya dahi saya kenapa.
Pendakwah berusia 29 tahun itu kemudian berseloroh dengan mengatakan dahi Neelofa berparut kerana dia sering menunaikan ibadah solat.
Dahi kena…sembahyang kuat.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka PU Riz akan berkata sedemikan dan geli hati mendengar jawapan spontan yang diberikannya.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail pada 27 Mac 2021.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.
Sumber: TikTok