Pempengaruh dan pelakon Norreen Iman kini sedang menunaikan ibadah umrah buat kali ketiga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norren Iman Tak Putus Doa Minta Nak Tunai Umrah Dengan Suami – ‘Tak Satu Bilik Takpa, Asalkan Ada Sekali’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Eloklah Suami Ikut Kemahuan Saya, Daripada Dia Ikut Kemahuan Isteri Orang Lain’ – Norreen Iman
Umrah bersama anak-anak
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah menyifatkan ibadah umrahnya kali ini lebih bermakna dengan kehadiran anak-anak.
Allah telah membawa kami ke sini untuk kali ketiga dan kali ini sangat istimewa bagi kami kerana anak-anak dapat melihat Kaabah buat pertama kali.
Dalam masa yang sama, Norreen berharap dia dan suami dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Aku harap bila balik ni, kami akan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Bukan sahaja untuk anak-anak tapi untuk kami.
Dengan doa yang kita minta depan Kaabah, semoga jadi asbab untuk kita sedar yang kita hidup bukan untuk diri sendiri je.
Jadi tetamu Allah
View this post on Instagram
Menyedari kakhilafan yang pernah dilakukan sebelum ini, Norreen berkata, dia sama sekali tidak menyangka dijemput menjadi tetamu Allah SWT sekali lagi.
Aku ni kadang terfikir, apa yang aku buat sampai senang sangat nak sampai sini? Kita tau diri kita kan. Tak pernah lari dari kesilapan.
Kenapa Allah mudahkan urusan aku bila berkait dengan keluarga? Adakah kerana doa-doa aku yang dulu atau aku faham konsep untuk bersangka baik dengan Allah?Allah tahu segalanya.
Menurut pempengaruh tersebut, kemungkinan Allah SWT ingin memberi peluang untuk memperbetulkan kesilapannya.
Kadang-kadang mungkin bila tersasar, Dia bagi peluang untuk betulkan diri ni balik. Tapi bila dapat betulkan diri ni balik dekat Tanah Suci, dari London lagi aku dah rasa balik ‘spark’ itu. Bila dah rasa, segala-galanya berkait denganNya.
Sumber: IG Norreen Iman