Setiap individu pasti memiliki azam bagi setiap tahun baru.
Begitu juga pelakon, Johan As’ari yang memaklumkan azam 2025 adalah untuk mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Johan As’ari Simpan Hal Kahwin, Nak Buat Kejutan Nanti
Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Kami Okay Sahaja’ – Johan As’ari Tangguh Kahwin Dengan ‘Miss N’ Sebab Masalah Peribadi
Tamatkan zaman bujang
Ketika ditemui OhBulan!, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff bin As’ari menyatakan statusnya yang masih tidak terikat dengan sebarang ikatan.
Namun, Johan berharap agar tahun ini merupakan tahun yang menamatkan zaman bujangnya.
Tahun 2025 ini saya betul-betul nak kahwin.
Alhamdulillah, bulan November tahun lepas saya dapat banyak tawaran untuk tahun 2025 sampai bulan Mei.
Bila saya pandang balik kerja-kerja ini semua, ‘saya rasa teruk lah diri ini kalau tak jadi kahwin juga.’
Tapi saya memang bersyukur dengan rezeki yang datang.
Berkongsi lebih lanjut, Johan mengharapkan usahanya dalam lakonan tahun ini membawanya ke jinjang pelamin.
Johan berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis.
Berharap masih dengan orang yang sama
@ohbulanofficial Miss N? ?#ohbulan #fyp #news #johanasari #mahu #kahwin #missn #jodoh ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, Johan juga meletakkan harapan untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama pilihan hati atau lebih dikenali sebagai Miss N.
Kami percintaan jarak jauh.
Saya harap saya berkahwin dengan orang yang sama iaitu Miss N.
Sebab jodoh ini rahsia tuhan.
Menurut Johan, tiada sebarang masalah yang timbul bagi pihak di sebelah sana dengan ketangguhan untuk mendirikan rumah tangga.