Penyanyi Waris dan Suki Low dikurniakan anugerah kebesaran sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Artikel Berkaitan: Suki Low & Nikki Palikat Ziarah Kubur Adibah Noor – ‘Melepaskan Kerinduan’
Artikel Berkaitan: ‘Sejujurnya Saya Pertama Kali Puasa Penuh Pada Tahun Lalu’ – Waris
Patik menjunjung kasih Tuanku
Menerusi posting di Instagram, Suki merakamkan penghargaan terhadap Tuanku Muhriz atas kurniaan ini.
Patik menjunjung kasih Tuanku, Tunku Ampuan Besar dan kerabat diraja Negeri Sembilan yang memberi kepercayaan, sokongan dan kurniaan kepada patik sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kurniaan ini patik terima dengan amanah dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Berkatlah Yang di-Pertuan Besar. Daulat Tuanku.
Di samping itu, Suki turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Jeremy Chong yang sentiasa mendukung dan merestui kerjayanya sebagai anak seni.
Sementara itu, Waris yang popular dengan lagu ‘Gadis Jolobu’ mendedikasikan anugerah kepada peminat.
Untuk rakyat N9. Terima kasih menginspirasi. Terima kasih isteri, tulang rusuk saya dan seluruh keluarga Diraja Negeri Sembilan khususnya Tuanku Muhriz dan Tunku Zain yang sentiasa menyokong perjalanan muzik saya.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Suki dan Waris tidak menyebut atau memaklumkan anugerah kebesaran diterima dan gelaran diberikan.