berita

Suki Low & Nikki Palikat Ziarah Kubur Adibah Noor – ‘Melepaskan Kerinduan’

October 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Suki Low Nikki Palikat

Baru-baru ini, penyanyi Suki Low dan Nikki Palikat sempat menziarahi kubur penyanyi terkenal, Allahyarham Adibah Noor.

Artikel Berkaitan: Belangsungkawa Adibah Noor, ‘Kau Terlalu Istimewa’

Artikel Berkaitan: GV10: Jihan Kembali Bergabung Dengan Nabil & Elly Mazlein! Ezad Lazim, Zamani Antara 6 Peserta ‘Hot Seat’

‘Melepaskan kerinduan’

Suki Low Nikki Palikat

Menerusi perkongsian di Instagram, Suki berkata tujuan dia menziarahi kubur arwah adalah untuk melepaskan rasa rindu.

Melepaskan kerinduan, kakakku (Adibah Noor), semoga tenang di sana (akhirat) bersama mereka yang beriman.

Selain Suki dan Nikki, turut dilihat beberapa rakan mereka yang lain yang turut sama menziarahi kubur pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.

Mereka juga dilihat menabur bunga dan menyiram air di atas kubur Allahyarham.

Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Adibah Noor pada 18 Jun 2020.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×