Sebagai seorang ibu, usahawan terkenal Datuk Seri Vida meluahkan rasa bangga terhadap anak perempuannya iaitu Cik B.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Jubah Konvokesyen & ‘Mortar Board’, Cik B Sudah Tamat Pengajian?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Cik B Main Telefon Dalam Kelas – ‘Tak Berbaloi Belajar Jauh, Awak Tak Fokus Pensyarah Mengajar’
Bangga dengan Cik B
@datoserividaofficial Replying to @linramli Kalau ada beg kuning tolong grab cepat! Sebab pouchbag ni terhad sangat! Sempena cikb ada ni korang dapat harga special ? @cikb_havoc66 #datosrivida #quputehbarulahputeh #cikbhavoc #foryou #fyp #salmonskincikb #salmonskindsv #salmonskinsaltedegg
? Korean drama style BGM with a dark and sad feeling(1313986) – Lizard music
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memuji Cik B di atas semua pencapaiannya.
Cik B anak mama yang hebat. Sudah dapat sijil-sijil, belajar dan buat pembentangan. Itu adalah kejayaan besar untuk mama dan Cik B telah membanggakan mama.
Cik B dengan merendah diri kemudian berkata, pencapaian yang diraihnya hanyalah perkara kecil sahaja.
Bangga ke? Tak payah banggalah, sebab Cik B biasa-biasa sahaja. Semua benda mama bangga dengan saya.
Saya masak nasi mama bangga, ambil air panas pun mama bangga.
Saya tengok mak orang lain garang, mama je tak garang dengan Cik B. Tapi janganlah jadi garang.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 53 tahun itu berharap agar anaknya memperoleh kejayaan yang lebih besar dan bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti.
Mestilah! Semua tu pencapaian.
Mama mengharapkan Cik B menjadi ‘gegirl’, berjaya dunia dan akhirat, jadi usahawan yang hebat. Mama obses dengan Cik B.
Cik B tak buat salah, nak marah jadi garang kenapa? Salah Cik B tak kurus je, kalau kurus nampak lagi comel..umur Cik B pun dah masuk 20-an.
DSV hargai cahaya mata
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu sebagai seorang ibu yang penyayang dan menghargai cahaya mata yang dikurniakan Allah SWT.
Sementara itu, warganet berkata, Cik B pula sangat beruntung kerana memiliki seorang ibu yang menatangnya bagai minyak yang penuh.
Sumber: TikTok DSV