Pelakon sensasi, Fattah Amin menjelaskan kemunculannya bersama penyanyi, Amira Othman dengan berpakaian sedondon di majlis pengumuman Duta Jakel 2025 pada Sabtu hanya sekadar memenuhi tuntutan klien.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Mengaku Berkawan Dengan Amira Othman, Minta Peminat Doakan Yang Baik
Penuhi tuntutan kerja
@ohbulanofficial Matchy-matchy la ! Min lurve ???#ohbulan #fyp #terkini #fattahamin #amiraothman #fashion #raya ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Fattah yang ketika ini digelar ‘Duda Terhangat’ oleh peminat berkata, dia juga tiada masalah untuk digandingkan dengan Amira sekiranya mampu memberi impak kepada dirinya dan klien terbabit.
Ini adalah rezeki dan kepercayaan diberikan oleh klien, macam sebelum ini juga. Macam saya cakap sebelum ini, kita sama-sama membantu.
Jakel ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu untuk mempromosi. Bila Jakel bersetuju untuk menggandingkan saya bersama Amira, itu juga membantu promosi.
Jadi, kalau perkara itu ada beri kesan kepada klien yang mengambil kami, saya fikir tiada masalah kerana saling bantu-membantu.
Kalau selepas ini ada lagi tawaran membabitkan kami, saya rasa tiada masalah. Jadi, bila diberi peluang dan kepercayaan saya ambil untuk penuhi kepercayaan itu.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengumuman 10 Duta Kempen Raya Mendonia Jakel, pada Sabtu.
Selain Fattah dan Amira, selebriti lain yang diumum sebagai duta adalah kumpulan Senario, Cik Epal, Elly Mazlein, Nabil Ahmad, Anzalna Nasir, Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.
Amira nafi ‘tunggang’ populariti Fattah
Sementara itu, Amira menepis dakwaan dirinya ‘menunggang’ populariti Fattah yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini.
Saya kurang faham sikit definisi ‘menunggang’ ini. Pada saya semua ini rezeki. Apa yang pasti, segala terjadi dan disusun ini adalah rezeki.
Saya rasa perkataan ‘menunggang’ itu kurang sesuai digunakan kerana kalau sudah tertulis rezeki, maka macam-macam boleh berlaku.
Pertama sekali, ia bermula dengan gimik. Apa sahaja pilihan kita sama ada mahu kontroversi atau tidak, pasti ada kebaikan dan keburukan. Dengan gimik ini pasti ada spekulasi dan sebagainya.
Tapi, pada saya asalkan ia tidak berlebihan-lebihan. Kalau nampak kami keluar bersama, itu semua atas dasar kerja.
Terdahulu, Fattah dan Amira mencuri perhatian pengunjung apabila tampil berpakaian sedondon warna ‘burgundy’ ketika Majlis Pengumuman 10 Duta Kempen Raya Mendonia Jakel 2025.
Sebelumnya, Amira disebut sebagai antara wanita yang kini berhubungan mesra dengan Fattah selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Walau bagaimanapun, Amira menjawab persoalan mengenai gosip itu dan memaklumkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama dalam muzik video single terbaru Amira berjudul ‘Bila Nak Kahwin’.