Bekas isteri usahawan popular View Chin, iaitu Shermine memilih untuk melepaskan perkara yang lepas dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Artikel Berkaitan: ‘Ada Duit, Ada Penyondol’ – Shermine Ah Moi ‘Warning’ Influencer, Jaga Perangai Elak ‘Disondol’
Sambut birthday anak
@sherminehauahmoi_dqAfter 2 years our long lost family photo? Let go old matter and start our new life, wish him happiness and healthy?? (surely happiness look at his body)? Even though I’m single but I’m enjoying the every moment I spent with my family and bestie and everyone love me? Appreciate who attend Sylvia’s birthday party? Happy and blessed birthday night?? Cafe: @abbysplaycafe Decoration: @infinityballoon_kl Sponsor: Viewchin?? Shake It Off – Platinum Party
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shermine atau lebih mesra disapa Ah Moi dilihat bersama View Chin di majlis ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-9.
Pada kapsyen, Ah Moi akui bahagia dengan kehidupannya sekarang walaupun tidak memiliki teman istimewa.
Lepaskan perkara lama dan mulakan hidup baru.
Walaupun saya bujang tetapi saya enjoy setiap momen yang saya habiskan bersama keluarga, kawan-kawan dan semua yang menyayangi saya.
Dalam pada itu, Ah Moi sempat menitipkan ucapan kepada bekas suaminya agar sentiasa sihat dan bahagia.
Ibu yang hebat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pasangan ini yang mengekalkan hubungan baik demi anak-anak. Selain itu, warganet turut mendoakan Ah Moi sentiasa bahagia dengan keluarganya.
Sumber: TikTok @sherminehauahmoi_dq