Penyanyi Nubhan memaklumkan ibunya, Badariah Omar atau mesra disapa Mak Jenny mengalami masalah radang paru-paru selepas pulang dari bercuti di Krabi, Thailand pada November tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Berita Kematian Wanita Mirip Mak Jenny, Nubhan Tampil Perjelas – ‘Kematian Itu Benar Tapi Bukan Ibu Saya’
Artikel Berkaitan: Perniagaan Untung Besar, Nubhan Sewa Limosin RM6,000 Bawa Mak Jenny
Radang paru-paru
Nubhan atau nama lengkap Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berkata, pada awalnya, Mak Jenny mengalami sesak nafas akibat alahan teruk terhadap habuk.
Namun, selepas membuat pemeriksaan lanjut, doktor mendapati paru-parunya bermasalah sebelum disahkan ada bronkitis.
Mak saya disahkan ada bronkitis (radang paru-paru). Ceritanya begini, November tahun lalu dia pergi Krabi dan tiba-tiba semput. Kemudian pergi klinik di sana, doktor beritahu alahan dengan habuk.
Balik di Malaysia, saya bawa mak pergi buat pemeriksaan lanjut. Cek paru-paru ada bronkitis, paru-parunya tidak mengembang. Dah ambil ubat dari doktor, paru-parunya sedikit berkembang.
Buat masa sekarang ini, mak banyak berehat di rumah. Saya juga kena sentiasa pastikan rumah bersih tanpa sebarang habuk. Supaya mak tiada alahan atau semput.
Masalah lutut
Selain radang paru-paru, Nubhan memberitahu, Mak Jenny juga mempunyai masalah lutut menyebabkannya sukar untuk berjalan dan perlu membuat pembedahan.
Namun, Mak Jenny enggan untuk merawat lututnya disebabkan ‘terhasut’ dengan kata-kata orang di sekeliling yang mengatakan pembedahan tidak akan berjaya.
Yang terbaharu, mak ada masalah lutut. Doktor beritahu gel lutut mak sudah haus yang tahap empat. Doktor nasihat untuk buat pembedahan.
Tetapi mak tak nak dengar cakap doktor, dia lebih percaya cakap kawan-kawan di kampung yang beritahu kalau operate nanti tak boleh jalan.
Saya dan adik-beradik semua sekarang tengah yakinkan mak untuk buat pembedahan. Doktor kata sementara mak boleh jalan, kena buat pembedahan itu.