Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sekali lagi menerima pujian daripada netizen di media sosial selepas berkongsi video memaparkan dia menganjurkan majlis ilmu di kediamannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad Minta Netizen Jangan Komen Negatif Artis Sertai Majlis Ilmu – ‘Mereka Pun Nak Belajar Termasuk Diri Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aprena Manrose Hadir Ke Majlis Ilmu, Netizen Doa Kembali Bertudung – ‘Semoga Istiqamah & Kuatkan Hati’
‘Berdakwah mengikut kemampuan kami’
@bettyrahmadali MasyaAllah Tabarakallah Segala puji bagi Allah SWT Berusaha menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain & berdakwah mengikut kemampuan kami ? Terima kasih @Tik Tok Telekung Zara Awliya & @iqraa.legacy sudi sponsor gifts untuk jemaah kelas Tadabbur Bayt Ar Rahman. Semoga Allah luaskan rezeki & permudahkan urusan??? #fyp ? original sound – DNP
Menerusi video yang dikongsikan, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali bersama suami, Ardy Damis dan anak lelakinya, Ardy Wira dilihat sedang menyusun meja dan kerusi sebagai persediaan untuk majlis ilmu yang dilangsungkan di kediaman mereka itu.
Bukan itu sahaja, adik kepada pengarah Erma Fatima ini turut menyediakan beberapa cenderahati termasuk sepasang telekung kepada setiap jemaah yang hadir ke kelas Tadabbur Bayt Ar Rahman.
MasyaAllah Tabarakallah, segala puji bagi Allah SWT berusaha menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain dan berdakwah mengikut kemampuan kami.
Majlis ilmu yang dianjurkan oleh Betty turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Nora Danish, Azira Shafinaz, Elyana, Aprena Manrose dan ramai lagi.
‘Ya Allah, pahala mengalir’
@bettyrahmadali “Kemuliaan, kesakitan kedua2nya adalah ujian. Kita tiada upaya untuk tolak manfaatNya dan tiada daya untuk tolak mudaratNya kerana semuanya atas kuasa & kehendak Allah. Sedarlah kita hamba, Allah cubit sedikit sahaja untuk mengingatkan supaya beralih fokus kita semula kepada Dia. Segala pilihan dan keputusan kita hendaklah berbalik kepadaNya. Utamakan Dia, pilihlah jalan yang menuju ke arahNya walaupun dalam hal seremeh mana pun. Tak perlulah kita bertarung dengan nafsu kerana segalanya ada tarikh tamat tempoh. Allah itu Maha Baik, jadi sentiasa berbuat baik, pilih yang baik. Segala kebaikan yang kita lakukan, Allah janjikan balasan kebaikan yang berganda. Mudahnya jalan2 Allah untuk kita ke syurga, bersabarlah, jangan kita hidup tanpa logik akal. Dunia ini memang untuk kita berpenat. Berapa kali harus kita kalah dengan nafsu? Allah sentiasa memaafkan, kita sahaja yang degil. Allah tetap memanggil kita kembali kepadaNya dengan penuh kasih sayang dan kemuliaan. Malulah kita dengan Allah, Dia menghidupkan, Dia mematikan. Dialah yang akan sempurnakan umur kita. Sampai sudah masanya kita cantikkan kematian kita.” MasyaAllah Tabarakallah segala puji bagi Allah SWT Terima kasih @Ustazah Marhamah Rosli sudi datang ke Bayt Ar Rahman untuk Tadabbur & Usrah bertajuk “Tangisanmu Didengari”, my ukhti for doing this together with me @DanishNora ?? Gifts from @Telekung ZaraAwliya & Al Quran journal @iqraa.legacy Nasi Ayam @??shihazikir?? #fyp #tadabbur ? suara asli – Mr. Virgo 10
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya memuji cara Betty dalam berdakwah serta berkongsi rezeki dan ilmu kepada orang lain.
Rezeki betul kan, ada rumah besar ‘penuhkan’ dengan majlis ilmu. Ya Allah, pahala mengalir
Allah pilih kak Betty sebagai wadah atau wasilah untuk sahabat artis lain menuntut ilmu bersama. Mampu, kerana Allah pilih. Moga Allah beri syurga tertinggi
Ikon selebriti yang patut dijadikan contoh yang sangat positif
Inilah gunanya rumah besar, suka tengok majlis macam ni
Rumah besar, betul-betul Betty manfaatkan
Sumber: TikTok Betty Rahmad