Personaliti media sosial terkenal, Cik Epal mendedahkan kadar bayaran yang dikenakan olehnya terhadap mana-mana peniaga yang mahu mendapatkan perkhidmatan ‘review’.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Semuanya Selesai Dengan Cara Yang Baik’ – Cik Epal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ojen Aiwahhh Tidak Tunggang Kontroversi Cik Epal – ‘Sebagai Sahabat, Saya Tak Mahu Hanya Muncul Pada Waktu Senang’
Tak bergurau
Menurut Cik Epal, dia seorang yang sangat serius dan tahu mengenai keupayaan dirinya apabila melibatkan soal perniagaan.
Oleh sebab itu, dia mendedahkan harga yang dikenakan olehnya terhadap para peniaga yang mahu mendapatkan perkhidmatan review.
Tambah Cik Epal, terlalu ramai yang menghantar direct message (DM) dan bertanya mengenai harga review yang dicaj olehnya sebelum ini.
Ujar Cik Epal, untuk posting di feed harganya RM30 ribu manakala, di Instagram Story pula bernilai RM20 ribu.
Lebih mencuri tumpuan, Cik Epal mengenakan harga RM50 ribu untuk dua jam sesi live di TikTok dan RM100 ribu untuk empat jam sesi live.
Di samping itu. Cik Epal turut memuat naik bukti bahawa akaun Instagramnya antara yang menjadi tumpuan ramai.
Ramai betul berkampung dekat Instagram aku ni. Sampai 398.4 Million view.
Sumber: Cik Epal