Penyanyi Datin Alyah menjawab persoalan yang diterimanya melalui mesej di platform media sosial mengenai anak angkatnya, Nur Izzara.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Mandul, Tok Ram Pun Tak’ – Alyah Dedah Pernah Keguguran, Reda Terpaksa Lepaskan Lima Telur Rawatan IVF
Artikel Berkaitan: Alyah Berhati-Hati Bawa Anak Tidur Hotel, Pernah Alami Kejadian Misteri – ‘Izzara Menangis, Mata Tengok Atas’
Zara anak saudara
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Alyah atau atau nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan, 45, memberitahu tidak mengambil anak angkatnya itu daripada mana-mana rumah anak yatim.
Tambahnya, dia juga telah menjadi ibu susuan kepada Zara.
Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim.
Nasihat saya, kalau boleh jangan ikut apa orang kata atau apa rasa hati kita nak.
Sebab yang kita jaga ini adalah jiwa dan nyawa. Besar tanggungjawab ini dan tidak mudah.
Zara dengan saya bukan orang lain. Dia adalah anak saudara saya sendiri.
Hubungan Zara dan Tokram
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ itu akui telah menjadi ibu susuan kepada anak angkatnya, Zara.
Susulan daripada itu, Alyah berharap tiada isu yang timbul terutama hubungan dengan suami iaitu pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
Seperkara lagi, kami dah susukan Zara.
Jadi, antara Zara dan Tokram mempunyai hak seperti bapak dan anak kandung.
Harap lepas apa yang saya kongsikan ini dapat memberi jawapan kepada pihak-pihak yang sering mesej berkenaan hal ibu susu ya.
Pada akhir perkongsian, Alyah mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai terhadap keluarga kecilnya.
Sumber: Instagram @alyah81