berita

‘Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim Bagi Ketenangan Luar Biasa’ – Putra Amaris

October 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Putra Amaris satu nama yang cukup dikenali sebagai pelakon dan usahawan yang aktif dalam Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dapur Pasak bagi membantu golongan kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Lagi Bergelar Jutawan’ – Putra Amaris 

Selalu kongsi rezeki

Ketika ditemui OhBulan!, Amaris beranggapan rezekinya sentiasa mencurah-curah kerana selalu mengutamakan anak-anak yatim, tahfiz dan asnaf.

Kata Amaris, 37, dia menjadikan perbuatan itu sebagai rutin wajib di samping bersyukur dengan rezeki Allah SWT.

Rahsia saya adalah bersyukur dengan apa yang berikan itu apa yang saya beritahu pada diri sendiri. Bersyukur kalau Allah beri banyak dan bersyukur juga kalau dapat sikit sebab itu semua ujian. Dalam masa sama saya bantu orang lain juga dengan berkongsi rezeki.

Alhamdulillah, mungkin disebabkan saya selalu berkongsi rezeki menjadi punca rezeki saya juga dimurahkan. Walaupun saya tidaklah kaya tapi saya yakin apa yang Allah beri sekarang ini, saya nak berkongsi dengan orang lain juga.

Bila saya buat apa pun saya akan teringat mereka. Bukan saya saja tapi semua pasukan saya bergerak membantu ramai orang khususnya untuk berkongsi rezeki. Walaupun bukan dalam bentuk duit tapi kita tetap berkongsi makanan.

Amaris berkata demikian ketika ditemui pada sesi Meet & Greet Bersama Putra Amaris sempena pelancaran Amaris Diamond Tea, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Ahad.

Tambah pemilik nama Muhammad Amran Haji Ismail, dia mengikuti langkah arwah ayahnya yang gemar menyantuni golongan yang memerlukan.

Kata pelakon drama Andainya Takdir 2, dia akan cuba untuk meluangkan masa di rumah anak yatim dan menyuapkan mereka makanan.

Kalau ada masa saya pergi ke rumah anak yatim untuk suapkan mereka makanan dan cuba buat perkara itu.

Saya buat itu bukan sebab nak rezeki masuk atau apa sekalipun tapi saya rasa itu adalah ketenangan yang luar biasa. Itu adalah tips daripada keluarga saya juga.

Arwah ayah saya selalu buat perkara itu dan saya cuba nak teruskan bersama pasukan Dapur Pasak. Persekitaran saya juga Allah hadirkan orang-orang hebat.

Semua pasukan saya ini bukan dari Kuala Lumpur tapi dari utara, selatan, timur dan berkampung seminggu untuk buat program infak.

Niat kongsi rezeki

Dalam pada itu, bercerita mengenai Amaris Diamond Tea, kerjasama itu dibuat bersama pihak Diamond Cosmetics iaitu Norhaslina Mohd Pisol dan Muhamad Solihein Shahidan yang menghasilkan minuman kesihatan selain niat untuk berkongsi rezeki.

Alhamdulillah, rezeki luar biasa. Saya diperkenalkan dengan minuman ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya amalkan selama tiga bulan sebelum mewar-warkan kepada orang ramai.

Semoga beri manfaat, benda yang baik saya kongsikan. Dalam masa sama, saya niat untuk berkongsi rezeki.

SKIP THIS AD ×