Meskipun sudah memasuki tahun kelima, pelakon Shukri Yahaya tetap memilih untuk setia dengan jenama Bulan Bintang walaupun ada menerima tawaran daripada jenama lain.
Artikel Berkaitan: Pengasas Bulan Bintang Belanja RM3.2 Juta Hadiah Kepada Pelanggan, Perjelas Ketiadaan Sharnaaz & Beto Kusyairy Dalam Kempen Raya 2024
Artikel Berkaitan: Belanja 2 Juta & 350 Dron, Bulan Bintang Takes The Sky Catat Malaysia Book of Records
‘Saya seorang yang setia’
Menurut Shukri, dia sangat menghargai kepercayaan Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi yang memberi peluang untuk dirinya menggalas tugas sebagai duta sejak tahun 2021.
Kata Shukri, 36, bukan fasal bayaran yang diukur tetapi sikap setia terhadap jenama yang sudah memasuki usia sedekad.
Saya kekal selama lima tahun dengan Bulan Bintang kerana ingin menghargai Meri. Saya kenal Meri sudah lama. Walaupun pada mulanya ditawar, saya tiada keyakinan. Ketika itu, saya tak pernah dengar Bulan Bintang seperti jenama lain.
Namun, saya menerima kerana tawaran yang diberikan bagus dan alhamdulillah kekal sehingga sekarang. Yang nak caras ada (gelak). Tawaran harga yang diberikan biasa saja (gelak). Saya setia. Ini pasal kesetiaan bukan Bulan Bintang tawar lagi mahal.
Shukri berkata demikian ketika Fashion Show Bulan Bintang Sedekad Menyinar 2025 yang diadakan di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Persembahan artis tempatan turut menghangatkan lagi malam tersebut dengan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngster Dancer, Datuk Jamal Abdillah dan Bunkface.
Semua pembeli dapat hadiah
Sementara itu, Azzim atau lebih mesra disapa Meri membelanjakan sebanyak RM10,000,000 untuk hadiah cabutan bertuah yang diberikan kepada setiap pelanggan (give back to customer).
Untuk tahun 2025, tidak ada lagi ‘Harap Maaf.’ Antara hadiahnya seperti Baju Batik Bulan Bintang, pakej umrah, pakej percutian, Perodua Bezza, motosikal, Iphone, Ipad, Sony Headphone dan banyak lagi.
Selain itu, Bulan Bintang juga melancarkan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat naik di Apps Store atau Google Play. Menurut Meri, antara ciri menarik yang diperkenalkan dalam aplikasi tersebut termasuklah fungsi Virtual Try On, yang membolehkan pengguna mencuba variasi warna pakaian secara maya sebelum membuat pembelian.
Tambah adik bongsu kepada pengasas Hausboom, Azri Zahir atau lebih dikenali sebagai John Lemon, aplikasi itu turut menyediakan fungsi Instagram Filter yang membolehkan pengguna mencuba tudung dan baju Melayu secara maya.
Hanya dengan mengimbas pakaian melalui telefon pintar, pengguna boleh melihat bagaimana rupa pakaian tersebut pada diri mereka.
Rasa nak pakai warna ungu atau merah, pilih dan tengok (sama ada warna tersebut) sesuai atau tidak dengan diri sendiri.
Bukan itu saja, pelanggan boleh menyemak stok pakaian di butik tanpa perlu menghubungi admin secara manual.
Bulan Bintang 2025 menampilkan tujuh barisan duta iaitu Shukri Yahaya, Datuk Remy Ishak, Nadhir Nasar, Hannah Delisha, Mierul Aiman, Syafiq Kyle dan Datuk Rosyam Nor.
Terdapat juga barisan duta istimewa lain seperti Zahiril Adzim, Datuk Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Johan Ghazali, Mimi Lana, Angeline Tan, Sabri Yunus, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza, Isaac Raees dan Ain Edruce seisi keluarga.
Pertunjukan fesyen Bulan Bintang Sedekad Menyinar 2025 menampilkan koleksi Raya 2025 Ready To Wear (RTW), pakaian bersaiz besar sehingga 8XL serta set sedondon keluarga.
Dalam pada itu, Bulan Bintang juga mengumumkan mengenai kolaborasi mereka bersama jenama-jenama hebat iaitu Air Asia, GB Gold, Hausboom, Tabung Haji, Kahf, Tealive, Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza.