Baru-baru ini, hangat di media sosial isu berkaitan pempengaruh makanan yang memberi ulasan terlalu jujur hingga menjatuhkan sesetengah perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Naz Rahman ‘Excited’ Bergandingan Dengan Sissy Iman Di AJL39 – ‘Saya Suka Pasangan Hos Yang Ada Otak’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Naz Rahman Hampir Tolak Tawaran Jadi Hos – ‘Saya Setuju Dengan Rasional Produksi Untuk Cipta Pembaharuan’
Terpanggil untuk bersuara
Isu tersebut menimbulkan perdebatan antara warganet yang mana rata-ratanya menyuarakan pendapat berlainan, sama ada menyokong agar menjadi jujur atau cakap secara berlapis.
Tidak terlepas, bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) Naz Rahman yang cakna dengan isu tempatan terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya.
Menerusi ciapan Naz di X, dia tidak pernah memberi markah atau bintang ketika menjadi hos di program televisyen tersebut kerana mempunyai sebab-sebab yang tertentu.
Menurut Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman, ia adalah satu tanggungjawab yang berat untuk digalas susulan pempengaruh memberi impak yang besar kepada masyarakat.
Ada yang pernah tanya, kenapa JJCM tak pernah bagi markah atau bintang?
Inilah sebabnya. Rambut sama hitam, tapi lidah lain-lain.
Berat tanggungjawabnya. Pengulas makanan boleh memberi (untung) atau menjatuhkan perniagaan.
Hanya peringatan
Sementara itu, Naz juga menitipkan pesanan buat pengulas makanan baharu supaya sentiasa beringat bahawa pengaruh besar datang dengan tanggungjawab yang besar.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati apabila pengulas makanan yang terkenal memberi markah yang agak rendah hingga menjejaskan perniagaan.
Sumber: X