Aktor Indonesia, Jefri Nichol bersama personaliti popular Malaysia, Ameera Khan masih lagi meraih perhatian warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Buat Kejutan Hari Jadi, Beri Kek & Sejambak Bunga Ros Merah Kepada Jefri Nichol- ‘Your Wish Came True’
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Kongsi Momen ‘Sweet’ Sambut Birthday Jefri Nichol – ’26 But Forever My Baby’
Tatu ‘AK’
Menerusi perkongsian yang diulang siar atau ‘repost’ di Instagram Story (IG Stories), Jefri dilihat mencacah tatu pada jari manis tangannya.
Apa yang meraih perhatian apabila tatu tersebut merupakan akronim ‘AK’ yang dipercayai nama adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa tersebut.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan daripada pelakon berusia 26 tahun itu mengenai tatu yang dicacah.
Terkini, Jefri dan Ameera dilihat lebih terbuka dalam memuat naik hubungan yang dijalinkan selepas memberi beberapa ‘hint’ di media sosial.
Sumber: Instagram @jefrinichol