Pelakon Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas tidak henti-henti menunjukkan kemesraan di hadapan kamera.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kupas Udang Untuk Bella Astillah Bikin Ramai Cemburu – ‘Melting Betul Tengok Diorang Ni, Sweet!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman – ‘Tak Nak Orang Dalam Industri Seni & Tidak Pergi Kelab Malam’
Pahitnya kopi ni…
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Bella yang berusia 31 tahun itu dipaksa oleh Saddiq untuk minum kopi di sebuah kedai makan.
Bila Bella kena paksa minum kopi untuk kali pertama
Apabila pemilik Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah selesai menghirup, dia menyatakan betapa pahitnya kopi tersebut.
Bagaimanapun, ayat seterusnya yang dikatakan Bella membuatkan Saddiq terdiam.
Pahitnya kopi ni, tapi tak penting. Yang penting, kisah kita yang manis
Saddiq kemudian berfikir sejenak dan tidak lama itu bertanya kembali apa yang diucapkan Bella.
Komen netizen
Tidak dinafikan, momen itu membuatkan netizen geli hati dan secara tidak langsung berharap agar pasangan itu disatukan dalam majlis pernikahan.
Sumber: TikTok