Pelakon Atiq Azman mengakui dirinya kini dalam fasa persediaan untuk bergelar seorang suami dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik, termasuk tidak lagi berkongsi foto yang menimbulkan kontroversi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mengaku Memang Salah Tayang Aurat & Tidak Jaga Batas’ – Atiq Azman
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini’- Atiq Azman Berang Dituduh Cari ‘Jantan’
Tak lagi tayang gambar tak berbaju
Ketika ditemui OhBulan!, Atiq atau nama lengkapnya Raja Mohammad Atiqullah Syah bin Raja Azman Syah, 25, berkata, perubahan itu dilakukan atas kesedaran sendiri, selain mendengar nasihat orang sekeliling yang mengingatkannya tentang tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Saya dalam fasa bersedia (untuk menjadi seorang suami) dan itu juga adalah tanggungjawab yang sepatutnya kita tunjuk kepada keluarga kita.
Keputusan ini datang daripada diri saya sendiri. Orang lain pun ada menasihati saya, sebab bila dah nak kahwin dan bakal jadi ketua keluarga, kita kena berubah.
Atiq berkata demikian ketika ditemui di sidang media Puasa! Raya! RTM 2025 di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.
‘Saya perlu lebih berhati-hati’
Sementara itu, Atiq yang bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang pempengaruh media sosial, Alia Natasha berharap agar isterinya nanti memahami kerjayanya sebagai pelakon.
Nak tak nak, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Kalau kita tersalah pilih jalan dan membuka ruang, kita sendiri yang akan menanggung akibatnya. Jadi, saya perlu lebih berhati-hati.
Dalam industri seni ni, jangan main-main. Saya faham cabaran sebagai anak seni, jadi saya kena jaga diri sendiri supaya tak timbul sebarang masalah dalam perhubungan.
Apabila ditanya mengenai penerimaannya jika bakal isterinya ingin menceburi bidang seni, Atiq mengatakan bahawa dia tidak menghalang sebaliknya akan memberi sepenuh sokongan.
Saya sokong sebab saya pun dalam industri ini.
Sebelum ini, pelakon Atiq Azman berang apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menuduh aktor itu seorang homoseksual gara-gara memuat naik video melakukan senaman di sebuah gim.
Atiq kemudian sekali lagi menerima kecaman ramai apabila berkongsi foto dirinya tidak berbaju dan menunjukkan badan yang berotot dalam sebuah bilik.