Pelakon Intan Najuwa mengakui dirinya sangat berhati-hati dalam aspek penjagaan anak, Imane Lunara termasuk memantau pengasuh di rumah sepanjang masa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Makin Kurus, Netizen Pula Masih Tak Puas Hati – ‘Nanti Beranak Anak Kedua Kembang La Kau’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Akui Diri Tak Kuat, ‘Respect’ Golongan Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu – ‘Lunara Nangis, Saya Pun Nangis’
Intan pantau pengasuh 24 jam
Ketika ditemui OhBulan!, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata menyedari pelbagai kes yang berlaku melibatkan pengasuh, aktres ini mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan anaknya terjamin.
Saya memang ada pengasuh di rumah dan saya akan pantau 24 jam. Sebab tu saya tak berlakon sekarang, selain nak luangkan masa dengan anak.
Zaman sekarang ni macam-macam kes. Hati orang ni kan, kita tak tahu macam mana. Kita yang jaga anak kita sendiri pun kadang-kadang geram sebab asyik menangis, apatah lagi kalau orang lain yang jaga. Jadi, saya ambil langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa kejadian tak diingini berlaku.
Menurutnya pelakon drama Racun Rihanna ini lagi, bukan kerana tidak mempercayai pengasuh sepenuhnya, tetapi sebagai seorang ibu, dia lebih selesa untuk sentiasa memastikan anaknya berada dalam keadaan baik.
Bukannya saya tak percaya kepada pengasuh tapi tidaklah seratus peratus. Jujurnya saya memang psiko, sebab pantau 24 jam seminggu.
Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Buffet Preview With Rabbani & Friends, pada Rabu.
‘Tugas ibu memang memenatkan’
Ketika ditanya mengenai perkongsiannya di Instagram yang kerap membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan, Intan mengakui sering berasa cemas setiap kali melihat anaknya menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.
Sebenarnya, benda kecil saja. Anak saya cuma batuk sikit, tapi saya yang gelabah. Biasalah, ini kali pertama pengalaman jadi ibu. Minggu ini saja dah tiga kali saya bawa anak ke hospital.
Suami saya selalu pesan supaya saya jangan terlalu risau, tapi saya ni yang terlampau risau dan agak paranoid.
Dalam pada itu, Intan akui menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah satu perkara yang mudah malah ia sangat mencabar dari segi fizikal dan mental.
Tugas ibu memang memenatkan dari segi mental dan fizikal. Walaupun saya dibantu pengasuh, saya tidak boleh harapkan orang lain untuk jaga anak saya. Sebagai ibu, kena main peranan.
Saya kagum dengan ibu yang uruskan anak sendiri tanpa bantuan sesiapa. Saya bertambah kagum dengan ibu yang urus lebih daripada seorang anak, mereka memang hebat.
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.