Pelawak, Shuib mencuri perhatian apabila memuat naik video terbaharunya yang berjumpa dengan pempengaruh, Aisar Khaled menerusi TikTok.
Artikel Berkaitan: Shuib Maafkan Aisar Khaled, Doa Agar Jadi Youtuber Berjaya – ‘Kena Ingat Kematian Cukup Hampir Dengan Kita’
Empat tahun ‘cari’ Aisar
@shuibsepahtu Dah lama carik dia!!!! Dulu ada hal dgn dia ? @AisarKhaledd ? original sound – shuibsepahtu
Menerusi perkongsian yang dibuat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendedahkan sudah hampir empat tahun ‘mencari’ Aisar namun tidak berkesempatan untuk berjumpa.
Sebenarnya aku dah lama cari orang ini, dah empat tahun dah.
Cuma mungkin tak ada rezeki nak jumpa dia.
Tapi hari ini Allah bagi rezeki untuk kita berjumpa.
Menurut Shuib, Aisar merupakan seorang individu yang sangat ‘gentle’ kerana sedar akan kesilapan yang telah mengguriskan hatinya sekeluarga sebelum ini.
Dia ini baik sebenarnya dan sangat ‘gentle’.
Itu hari (dulu) dia yang cari saya sebenarnya tapi saya yang tak sempat nak jumpa dia.
Banyak belajar dari Shuib
Sementara itu, Aisar atau nama lengkapnya Aisar Khaled Kamel menyifatkan isu bersama Shuib kira-kira empat tahun lalu telah banyak mengubah kehidupannya.
Ujar Aisar, nasihat yang diberikan Shuib sedikit sebanyak telah memperbaiki ‘attitude’nya sebagai seorang pempengaruh.
Sebelum ini saya ada isu dengan abang Shuib, tapi Alhamdulillah daripada isu itu juga saya dah perbaiki banyak sangat selepas dapat nasihat daripada abang.
Pada 2021 lalu, Aisar mengundang amarah netizen selepas memuat naik video dirinya membuat giveaway, iklan dan ‘monetize’ video ketika menziarahi tanah perkuburan tempat Allahyarhamah Siti Sarah disemadikan.
Aisar kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari ‘content’ yang dilakukan telah melanggar sensitiviti keluarga Shuib.
Kontroversi itu kemudiannya selesai selepas Aisar memuat naik mesej pesanan suara yang dihantar Shuib memaklumkan dirinya memaafkan kesilapan yang telah dilakukan pempengaruh itu.
Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Sumber: TikTok Shuib