berita

Shuib Maafkan Aisar Khaled, Doa Agar Jadi Youtuber Berjaya – ‘Kena Ingat Kematian Cukup Hampir Dengan Kita’

August 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak dan usahawan Shuib, 36, memaafkan tindakan personaliti media sosial, Aisar Khaled yang didakwa mengambil kesempatan atas kematian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Artikel Berkaitan: Dikecam Buat ‘Content’ Youtube Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: ‘Minta Maaf Kepada Arwah Siti Sarah & Abang Shuib’ – Aisar Khaled

Tiada gunanya saya nak sakit hati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ??????????? ? (@aisar_khaledd)

Menurut Shuib, dia enggan menyimpan rasa dendam justeru dia memilih untuk menyelesaikannya dengan cara baik.

Perkara itu didedahkan Aisar menerusi sepotong audio pesanan suara Shuib yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.

Tidak mengapa, awalnya saya tahu dan tengok video itu, saya sudah maafkan awak. Tiada gunanya saya nak sakit hati dan berdendam. Saya nak mudahkan urusan semua orang sebab saya juga minta Allah SWT mudahkan urusan saya.

Jadi saya tidak mahu berbuat salah juga tidak mahu menyusahkan orang lain. Insya-Allah awak orang hebat dan baik, terus buat kebaikan.

Gunakan platform untuk sebarkan kebaikan

Selain itu, pemilik nama Shahmira Muhamad turut mendoakan agar pelakon drama Chandelie menjadi seorang YouTuber yang berjaya dalam menyebarkan kebaikan.

Saya sering buat salah dan dosa dengan Allah tetapi mungkin apa yang boleh dijadikan pengajaran ialah jangan membuat kesalahan sama.

Saya doakan awak terus menjadi YouTuber yang hebat, baik dan bagus. Gunakan platform kita untuk sebarkan kebaikan.

Jangan jadi orang yang terlalu seronok membuat kandungan sampaikan akhirnya nanti, apa yang kita buat itu akan makan diri kita sendiri.

Kita kena ingat kematian cukup hampir dengan kita. Semoga kebaikan yang kita lakukan di atas muka bumi ini menerusi platform yang Allah beri untuk buat perkara baik.

Lelaki berwajah kacukan Melayu-Jordan itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada bapa kepada empat orang anak itu dan mengakui kekhilafannya itu telah membuka matanya untuk menjadi insan lebih baik.

 

Sumber: Instagram @aisar_khaledd

SKIP THIS AD ×