Perkongsian terbaharu pelakon tampan, Syafiq Kyle di Instagram (IG) telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Mengaku Dah Takluk Hati Mimi Lana
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tunggu Nak Akad Nikah Saja’ – Syafiq Kyle
‘Hint’ tamatkan zaman bujang?
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dibuat, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak memuat naik foto tangannya yang memegang tangan pelakon, Mimi Lana.
Dapat dilihat, terdapat dua bentuk cincin berada di atas tangan Mimi yang seakan memberi petanda mereka bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian yang sama, pelakon filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ ini turut memuat naik foto mesra dirinya bersama Mimi yang sedang merangkul tangannya di sisi.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki dengan hantaran yang dikongsikan Syafiq sambil mendoakan yang terbaik buat hubungannya bersama Mimi.
Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka patah hati sekiranya benar Syafiq dan Mimi bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
Tidak memperincikan punca pembatalan perkahwinan itu, Syafiq dan Mimi bagaimanapun mengaku tetap berkawan baik dan boleh bekerjasama dalam satu drama atau filem.
Sumber: IG Syafiq Kyle