Pelakon Ummi Nazeera utamakan pelajaran dan keseimbangan masa untuk anak-anak sebelum menceburi bidang industri seni.
Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Berehat Daripada Berlakon, Selepas Drama Rindu Kasih 3
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ummi Nazeera Tukar Arah Lakonan, ‘Berehat’ Jadi Wanita Disakiti – ‘Saya Pula Yang Menganiaya Kali Ini’
Penglibatan anak dalam industri seni
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, tidak menghalang rezeki puteri sulungnya, Ayra Aneesah untuk menerima sebarang tawaran dalam industri.
Anak sulung saya baru saja memulakan sekolah pada 17 Februari lalu, jadi saya sangat pentingkan keseimbangan masa untuknya.
Jika ada tawaran pengiklanan atau seumpamanya, bergantung pada komitmen dan masa yang ada.
Berbeza dengan adiknya yang dihantar ke play school, tiada masalah jika dia terlepas waktu sekolah.
Ummi berkata demikian ketika ditemui di majlis Habib, Rantaian Kasih Di Aidilfitri 2025 bertempat di EQ Kuala Lumpur, pada Rabu.
Wajah utama Habib
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu meluahkan keterujaannya dalam menjadi wajah utama bagi jenama barangan kemas terkenal, Habib, yang bertemakan Wau untuk koleksi Aidilfitri tahun ini.
Pihak Habib telah menghubungi saya semasa saya sedang menjalani penggambaran drama.
Kami berbincang mengenai beberapa terma dan syarat, dan akhirnya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Alhamdulillah, saya bersama suami dan anak sulung dilantik sebagai duta Rantaian Kasih 2025.
Lebih teruja, mas kahwin saya juga dari Habib.