Pelakon jelita, Anna Jobling memberi pandangan berhubung isu beberapa orang pempengaruh yang didakwa membuat berita palsu mengenai kehilangan rakan mereka di Indonesia, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Sekali Lagi Rangkul Trofi Utama Gempak Most Wanted Awards 2024, Raih Lebih 4.8 Juta Undian
Artikel Berkaitan: Buat Konten Hilang Di Hutan, Michael Ang Berang Pempengaruh Malukan Malaysia – ‘Tolong Buang Diorang Kat Pulau’
Belajar dari kesilapan
Ketika ditemui OhBulan!, Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, berkata dia sama sekali tidak terkesan dengan isu tersebut namun berpendapat kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku.
Sejujurnya saya tidak merasakan yang saya terkena tempias berkenaan isu itu, cuma saya hanya boleh beri nasihat.
Tetapi saya pasti mereka akan belajar dari kesilapan masing-masing, insya-Allah.
Anna berkata demikian di sidang media Gempak Most Wanted Award 2024 (GMWA24) yang berlangsung pada Ahad.
Nasihat Anna
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus tersebut mengakui bukan mudah untuk melebarkan sayap ke negara seberang.
Justeru, Anna menasihati mereka supaya tidak mencemar nama baik negara dengan konten yang tidak bermanfaat selain perlu menghargai peminat di sana.
Jika ditanya tentang tujuan ke sana sebagai seorang pencipta kandungan saya tidak tahu. Tetapi saya sebagai seorang pelakon saya tahu apa yang saya inginkan.
Sebenarnya nak ke Indonesia sangat susah, jadi kalau dapat peluang itu peganglah ia sebaiknya. Jaga diri, jaga nama Malaysia sebaik mungkin dan jangan ambil kesempatan.
Kita perlu jaga diri bukan di sana sahaja tetapi di sini juga. Kalau ada peminat, jagalah mereka baik-baik.
Terdahulu, seorang pempengaruh telah ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Mereka kemudian didakwa dengan sengaja melakukan melaporkan berita palsu berhubung kehilangan tersebut.
Walau bagaimanapun, spekulasi berkenaan terjawab selepas pihak polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan mereka adalah lakonan dan rekaan semata-mata.
@ohbulanofficial Jaga nama baik negara kita okay ?#ohbulan #fyp #news #annajobling #isu #konten #hilang #di #indonesia