Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39), Marsha Milan, mengakui karier seninya bukanlah satu perjalanan yang mudah.
Di sebalik gemerlap pentas dan kejayaan yang diraih, terdapat pelbagai cabaran besar yang perlu ditempuhinya sepanjang dua dekad dalam industri hiburan tanah air.
Artikel Berkaitan: AJL39 Bukti Kemegahan Arena Muzik Lokal, Team Produksi Berjaya Sediakan Saiz Pentas Sebesar Dua Gelanggang Futsal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum MK K-Clique Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39 – ‘Sempat Dia Mengaji Ketika Bersolek’
Tak dapat restu ibu
Pada awal pembabitannya dalam industri seni, pemilik nama Marsha Milan Londoh itu mendedahkan tidak mendapat restu daripada ibunya kerana berpendapat dunia hiburan bukanlah bidang yang menjanjikan masa depan yang stabil.
Demi kelangsungan karier, Marsha meneroka pelbagai cabang dalam industri hiburan, termasuk menjadi pengacara, sambil terus mengukuhkan namanya sebagai penyanyi.
Selain itu, Marsha turut berkongsi cabaran terbesar yang masih dirasakannya hingga ke hari ini.
Cabaran paling sukar adalah untuk terus relevan dalam industri. Pada usia ini, barulah saya mendapat pendedahan dan sorotan yang lebih besar.
Terima bayaran rendah
View this post on Instagram
Menurut Marsha, di awal kemunculannya bukanlah sesuatu yang indah. Dengan bayaran hanya sekitar RM570 untuk beberapa bulan pertama, sedangkan kadar sewa rumah mencecah RM500 sebulan, kehidupan Marsha ternyata jauh dari selesa.
Saya malu untuk meminta duit daripada ibu bapa kerana ingin membuktikan mereka salah. Akhirnya, saya terpaksa bertanya kepada adik-beradik jika mereka boleh meminjamkan wang kepada saya.
Lebih mencabar, ketika namanya lebih dikenali sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi, Marsha berusaha keras untuk memastikan dirinya tidak dilupakan sebagai seorang penghibur yang bermula dengan nyanyian.
Penyanyi berusia 39 tahun itu ternyata sanggup mengorbankan simpanannya sendiri demi menerbitkan lagu-lagu baharu agar namanya terus relevan dalam industri muzik.
Keputusan berani Marsha membuahkan hasil apabila beberapa lagu yang dilancarkannya mendapat sambutan, termasuk ‘Sumandak Sabah’ dan ‘Bimbang’ yang menjadi titik perubahan besar dalam kariernya.
Alhamdulillah, selepas mengeluarkan lagu ‘Bimbang’, saya akhirnya berjaya menembusi pentas yang lebih besar seperti Muzik-Muzik.
Dengan usaha yang tidak pernah putus asa dan keyakinan terhadap impian sendiri, penyanyi berasal dari Sabah itu akhirnya berjaya merangkul kejuaraan AJL39, sekali gus membuktikan bahawa kepercayaan terhadap diri sendiri dan kerja keras pasti membuahkan hasil.
Sekadar info, Marsha yang bernaung di bawah Alternate Records & Talent juga bakal mengeluarkan lebih banyak lagu dan album, juga ada perbincangan untuk konsert di masa hadapan.
Jangan lupa untuk ikuti perkembagan Marsha di akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.