Pelakon Uqasha Senrose memaklumkan anak perempuannya, Hawra Uqaira tidak mempunyai iras wajahnya dan suami, Kamal Adli ketika mereka kecil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nafikan 100%, Demi Allah Tak Pernah Jejakkan Kaki Ke Mahkamah Syariah’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Goyah – ‘Selagi Tak Sampai Tahap Ke Mahkamah, Jadi Ia Adalah Perkara Biasa’
Macam anak cina
Menerusi video di TikTok, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata dia juga secara tidak sengaja bertanya kepada doktor tentang anaknya.
Kalau tengok mana ada muka Uqasha, muka Kamal.
Tapi saya tanya doktor betul ke anak saya? Maksud saya, saya takut tersalah baby.
Jelas pelakon berusia 33 tahun itu, muka Uqaira lebih seiras dengan anak kelahiran bangsa Cina.
Uqaira ikut mata Kamal
Uqasha berkata meskipun dia tidak seiras dengan anaknya namun Kamal mempunyai persamaan bersama Uqaira di bahagian mata.
Tengok, macam muka anak cina. Saya tak suka K-pop, kalau orang buka rasa mcm nak muntah.
Tapi mata dalam dia bulat bentuk dia ikut mata Kamal.
Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.
Sumber: TikTok