Penyanyi Amira Othman menepis dakwaan yang mengatakan telah mengikat tali pertunangan bersama pelakon popular, Fattah Amin di Johor Bahru pada minggu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Jawab Gosip Sudah Bertunang Dengan Amira Othman – ‘Kalau Betul, Tak Boleh Sorok’
Artikel Berkaitan: Amira Othman & Ibu Fattah Amin Hadiri Majlis Ilmu Yang Sama, Netizen Usik – ‘Bakal Menantu & Mak Mentua’
Tiada majlis pertunangan
Ketika ditemui Ohbulan!, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32 berkata dia tidak mengetahui mengenai dakwaan keluarga Fattah yang dikatakan datang ke Johor Bahru untuk merisiknya.
Pasal bertunang tidak tahu dari mana datang termasuk ada yang nampak saya pakai baju putih, saya selalu je memakai busana warna tersebut.
Tidak ada sebarang majlis pertunangan di antara saya dan Fattah.
Amira berkata begitu selepas ditemui di majlis kempen Ramadan Raya Indahkan Memori Media Prima, pada petang Isnin.
Kata pelantun lagu Hati-Hati itu, dia turut terkejut mendengar khabar angin yang tersebar di media sosial pada Jumaat lalu.
Ketika ditanya sama ada rimas atau tidak sering digosipkan bersama Fattah, Amira berkata dia menerima dengan lapang dada.
Gimik ini saya yang rancang, saya yang mulakan dan saya pernah beritahu ini adalah implikasi yang perlu dihadap.
Saya terima dengan lapang dada. Saya tak rasa rimas, tenang je. Semua gosip tak betul.
Tak janggal
Jelas Amira, dia tidak berasa janggal untuk bertemu dengan Fattah meskipun banyak khabar angin tentang mereka.
Kita ada bincang, tidak ada rasa janggal pun. Lagipun Fattah dah biasa, memang lumrah anak seni.
Mengulas lanjut, Amira berkata ibu bapanya juga tidak terkejut dengan berita itu, namun bersikap tenang.
Ibu ayah saya tenang. Saya pun dah beritahu apa yang terjadi tiada apa sangat.
Mereka pun tidak tanya sebab mereka faham, peminat yang terlebih teruja dalam hal ini.
Sebelum ini, tular satu artikel yang mendakwa Fattah dan Amira bertunang pada Jumaat lalu.