Bertemakan Indahkan Memori, pada tahun ini TV3, TV9 bersama Tonton mempersembahkan kempen Ramadan Raya 2025 (RaRa 2025) sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Sherry Alhadad & Ain Edruce Keluar Single Raya ‘Balik Kampung…Gosip Raya’! Tak Fikir Lama Untuk Setuju Bergabung Suara
Hargai hubungan kekeluargaan
Kempen tersebut dilancarkan dengan penuh keterujaan yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan, bertempat di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur pada Isnin.
Kempen ini juga diserikan dengan kehadiran Friends of RaRa (Friends of Ramadan Raya) sebagai wajah rasmi dengan tajaan Gardenia NuMee.
Ia juga berhasil menghimpunkan barisan selebriti popular seperti Fasha Sandha, Aidil Aziz, Aisha Amaira, Farah Nabilah Wazer, Naz Rahman, Fatin Hamimah, dan Amirulhakim Lokman.
Menurut Pengurus Besar Kandungan TV3, Maria Zul Amran pilihan dibuat berdasarkan personaliti para pelakon.
Mereka sentiasa menunjukkan identiti yang baik, begitu juga mereka yang dah berkeluarga yang sentiasa meluangkan masa dengan anak, memang sesuai dengan tema pada tahun ini.
Bagi menghargai kemesraan, tema ini diangkat supaya mempunyai kebersamaan dan keabraban bersama keluarga bermula dari detik berbuka puasa hingga di hari lebaran.
Setiap momen yang dikongsi, sama ada menikmati juadah, menunaikan solat bersama, atau mengimbau kenangan lalu, menjadi jambatan yang merapatkan hati dan mengukuhkan silaturahim.
Difahamkan, Friends of RaRa ini dibuat berdasarkan kenangan manis mereka bersama Media Prima.
Tidak dinafikan, para pelakon dan para pengacara itu berjaya membawa watak yang menyentuh hati kepada para penonton selain membawa kembali rasa kekeluargaan serta tradisi yang terukir sejak dari kecil.
Setiap tahun, Ramadan dan Hari Raya secara tidak langsung mencipta peluang untuk memastikan memori yang tercipta kekal berpanjangan.
Kempen ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mencipta detik-detik indah yang sarat dengan keharmonian, kegembiraan, dan nilai persaudaraan yang terus mekar.
Program menarik sepanjang Ramadan
Pelbagai program menarik telah disusun khas untuk menghiburkan dan memberi inspirasi kepada penonton sepanjang bulan penuh keberkatan ini.
Daripada rancangan inspirasi dan bual bicara, hiburan, gaya hidup, drama, dan siri mini yang menyentuh emosi, setiap program menyampaikan naratif bermakna dan mesej mendalam untuk dinikmati bersama.
Berikut adalah antara program-program yang bakal menemui penonton menerusi TV3, TV9, dan Tonton:
Inspirasi dan bual bicara; Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz: Diari Muslim, Sembang Sahur, Keluarga Tanyalah Ustaz Berhari Raya, MHI: Istimewa Aidilfitri dan 10 Malam Terakhir.
Sementara itu, hiburan dan gaya hidup; Anak Mama Masak Apa Tu?, Menu Sihat Ramadan, Oh Mummy! dan Famili Duo Raya.
Bagi drama siri dan akasia pula Akasia: Bukan Sekadar Lafaz 2, Keluarga Itu, Samarinda: Teratak Kasih Salina, Samarinda: Sekam Di Dada, Akasia: Calon Isteri Buat Suami, Samarinda: Dari Rahim Yang Sama, Siri Mini : Desa Boy dan Tonton Original Series: BRU.
Turut hadir di kempen tersebut adalah para pelakon program dan drama RaRa seperti Erma Fatima, Amir Ahnaf, Puteri Balqis, Ummi Nazeera, Aqasha, Siti Hariesa, Datuk Adi Putra, Jazmy Juma, Fedtri Yahya, Amira Othman, Dayah Bakar, dan ramai lagi.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program di TV3, TV9 & Tonton, pastikan anda mengikuti laman media sosial rasmi kami di Facebook, Instagram & Twitter, @TV3Malaysia, @TV9Malaysia, @TontonMY. Jom #IndahkanMemori dan abadikan momen terindah bersama TV3, TV9, dan Tonton!