Influencer yang mempunyai 19.3 juta pengikut di Instagram iaitu Fuji dan aktres cantik, Davina Karamoy terharu apabila kehadiran mereka berdua ke Kuala Lumpur disambut baik oleh peminat Malaysia dan juga Indonesia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak & Emma Maembong Hanya Kawan, Tak Kisah Kemesraan ‘Direstui’ Netizen – ‘Saya Dengan Dia Bukan Musuh’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dipuji ‘Handsome’ Berbanding Aisar Khaled, Niat Aliff Syukri Nak Berkenalan Dengan Fuji Kena ‘Kacau’ Dengan Anak
Peminat Malaysia sopan
Pertama kali datang ke Kuala Lumpur, Fuji berkata dia terkejut kerana ramai yang mengenali dirinya selain memuji peminat Malaysia bersikap sopan ketika ingin bergambar.
Saya terkejut dan terharu dengan penerimaan baik peminat di sini. Ramai yang datang beri sokongan. Sebelum sesi ini, saya terfikir juga bagaimana nanti reaksi peminat di sini nanti.
Alhamdulillah, sambutannya baik sekali. Ada yang minta untuk bergambar dan memanggil nama kami. Semuanya okay.
Malah peminat di sini juga sangat sopan. Jika mahu bergambar, mereka akan tanya (minta izin) terlebih dulu.
Fuji dan Davina yang dilantik menjadi duta utama hadir ke sesi Meet & Greet HijabistaHub x Tune Talk Raya Paling Epik di Setia Alam, baru-baru ini.
Bagi hadiah tanda terima kasih
Sementara itu, Pengerusi HijabistaHub Ahmad Syafiq Hilmi berkata kempen Raya Paling Epik bersama Tune Talk adalah kolaborasi buat julung kalinya.
Kolaborasi dari dua industri yang berbeza disatukan untuk satu kempen mega yang menjanjikan ganjaran hadiah yang sangat lumayan kepada para pelanggan.
Kata Ahmad Syafiq, kempen ini menampilkan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah eksklusif. Antaranya, sebuah rumah dua tingkat, dua buah kereta Perodua Axia, dua pakej umrah dan lima buah motosikal.
Dengan setiap pembelian atau langganan istimewa Tune Talk, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hadiah luar biasa ini, menjadikan sambutan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna.
Lebih menarik, pelanggan juga berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan duta HijabistaHub dari Indonesia, Fuji dan Davina, yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.
Jika tahun lepas kami sudah melebarkan sayap ke negara jiran Thailand dan Singapura. Kami percaya kehadiran mereka akan membawa keterujaan baru dan mengeratkan lagi hubungan HijabistaHub dengan peminat fesyen di Malaysia dan Indonesia.
Kedai yang lebih besar
Selain itu, Hijabistahub turut melancarkan ibu pejabat yang dibina di atas kawasan seluas lebih satu ekar dengan konsep moden, lengkap dengan butik di tingkat bawah.
Menurut Pengasas HijabistaHub, Wanie Elena berkata, pelancaran ibu pejabat ini melambangkan pertumbuhan pesat syarikat serta komitmen dalam menawarkan produk fesyen yang berkualiti tinggi dan menepati permintaan pelanggan.
Sebagai jenama fesyen yang sentiasa menghargai sokongan pelanggan, kami di HijabistaHub amat berbesar hati untuk pelancaran ibu pejabat baharu kami.
Kami mahu menjadikan pengalaman membeli-belah di HijabistaHub lebih bermakna, bukan sekadar mendapatkan pakaian bergaya dan berkualiti tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan kami untuk membawa pulang hadiah impian.
Ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua yang telah menyokong HijabistaHub sejak hari pertama.
Dalam pada masa, Datuk Seri Aliff Syukri diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu HijabistaHub.
Sebagai pelengkap kepada kempen tahun ini, HijabistaHub turut memperkenalkan MUSE HijabistaHub 2025, antaranya adalah Zizan Razak, Emma Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz dan The Sara Sisters.
@ohbulanofficial Fuji & Davina Karamoy Dah Sampai! Meriah suasana!! ??? #ohbulan #fyp #news #davinakaramoy #fuji ? original sound – OHBULAN!