Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bakal melancarkan lagu raya terbaharu tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Akui Khilaf Promosi Produk Tanpa Selidik – ‘Terima Kasih Di Atas Teguran’
Artikel Berkaitan: #AJL39: Ernie Zakri Bakal Berehat Selepas Dinasihati Doktor
Lagu raya
Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, lagu yang dipercayai hasil ciptaan Aisha Retno itu sudah pun siap dirakam beberapa hari lalu.
Lagu raya ada dan insya-Allah akan dikeluarkan. Sesi rakaman sudah pun selesai.
Saya sangat teruja dengan lagu itu. Tahniah Aisha Retno, anak muda yang hebat.
Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Sementara itu, rata-rata peminat meninggalkan komen teruja dan tidak sabar menantikan buah tangan terbaharu daripada penyanyi kesayangan ramai itu.
Malah, ada yang mendakwa sudah mendengar ‘teaser’ lagu tersebut dan memuji karya itu.
Sumber: TikTok